Sejarah Kauntertenor

Pada lewat zaman pertengahan dan zaman pembaharuan, istilah kontratenor digunakan untuk bahagian suara dalam kaunterpoin melodi berlawanan dengan nyanyian penyanyi tenor. Nota muzik lingkungannya adalah hampir sama dengan lingkungan penyanyi tenor.

Pada kurun ke-15, kontratenor berpecah kepada dua iaitu kontratenor altus dan kontratenor bassus (bahasa Latin), yang mana altus adalah lingkungan atas tenor dan basus di bawah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, istilah ini menjadi lapuk kerana seni Latin hilang popularitinya. Di Itali, "contratenor altus" bertukar menjadi alto; di Perancis dipanggil haute-contre, di England menjadi kauntertenor. Istilah ini hanyalah bertukar panggilan namanya sahaja, namun penggunaan suara ini adalah tetap sama dari era Barok lagi; iaitu seorang yang boleh menyanyikan bahagian alto atau soprano dan bukan bahagian penyanyi tenor.