Kawasan_Undi_Perseorangan_Hougang
Kawasan_Undi_Perseorangan_Hougang

Kawasan_Undi_Perseorangan_Hougang

Kawasan Undi Perseorangan Hougang (Bahasa Inggeris: Hougang Single Member Constituency; Cina: 后港单选区; Bahasa Tamil: ஹவ்காங் தனித்தொகுதி) ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura.Kawasan Undi tersebut dibentuk pada tahun 1988 dan pada mulanya dipegang oleh parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama tiga tahun. Semasa pilihan raya umum 1991, calon Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang berjaya menewaskan PAP dan kekal mempertahankan kerusi di Hougang sehingga kini. SMC Hougang kini merupakan kawasan undi yang kedua paling lama dipegang oleh parti pembangkang di Singapura (1991–kini). Pada tahun 2011, setelah 20 tahun berkhidmat di SMC Hougang, Low Thia Khiang meninggalkan SMC tersebut untuk menerajui sebuah kumpulan GRC di GRC Aljunied bagi pilihan raya umum 2011. Yaw Shin Leong, yang menggantikan Low di Hougang, berjaya mempertahankan SMC Hougang di bawah WP dan menewaskan calon PAP Desmond Choo.Pada 15 Februari 2012, Yaw Shin Leong dipecat dari WP kerana enggan menjelaskan dakwaan hubungan sulit dengan salah seorang pekerja parti tersebut.[1] Akibat pengusiran tersebut, kerusi parlimen bagi SMC Hougang dikosongkan lalu sebuah pilihan raya kecil diadakan. Hari Pencalonan ditetapkan pada 16 Mei 2012 dan Hari Mengundi pula pada 26 Mei 2012. Calon WP Png Eng Huat berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan menerima 62.1% undian.[2]

Kawasan_Undi_Perseorangan_Hougang

Pengundi 24,097
Majlis Bandaran Aljunied-Hougang
Wakil Png Eng Huat
Wilayah Timur laut Singapura
Dibentuk 1988

Rujukan

WikiPedia: Kawasan_Undi_Perseorangan_Hougang http://www.eld.gov.sg/elections_past_by2012.html http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_past_parliamentary... http://www.eld.gov.sg/elections_results2015.html#H http://wp.sg/2012/02/expulsion-of-yaw-shin-leong-f...