Kawasan_Undi_Perseorangan_Punggol_East
Kawasan_Undi_Perseorangan_Punggol_East

Kawasan_Undi_Perseorangan_Punggol_East

Kawasan Undi Perseorangan Punggol East (Bahasa Inggeris: Punggol East Single Member Constituency; Cina: 榜鹅东单选区; Bahasa Tamil: பொங்கோல் ஈஸ்ட் தனித்தொகுதி) ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura. Sebelum dijadikan sebuah SMC yang tersendiri semasa pilihan raya umum 2011, kawasan Punggol East merupakan sebahagian daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Punggol.Pada 12 Disember 2012, Anggota Parlimen (AP) bagi SMC Punggol East pada ketika itu, Michael Palmer meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah mengaku adakan hubungan sulit dengan seorang kakitangan Persatuan Rakyat (PA).[1] Sebuah pilihan raya kecil diadakan pada 26 Januari 2013 akibat pengosongan kerusi parlimen di Punggol East. Pada Hari Pengundian, calon Parti Pekerja Lee Li Lian berjaya menewaskan PAP dan dilantik menjadi AP bagi SMC Punggol East.[2]Semasa pilihan raya umum 2015, Charles Chong dari PAP berjaya menawan semula SMC Punggol East, menggantikan Lee Li Lian sebagai AP bagi kawasan undi tersebut.[3]

Kawasan_Undi_Perseorangan_Punggol_East

Pengundi 34,466
Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol
Wakil Charles Chong
Wilayah Timur Laut Singapura 
Dibentuk 2011

Berkaitan