Karier Kaya_Scodelario

Skins

Ketika berumur 14 tahun, Scodelario telah dipilih untuk berlakon dalam siri pertama tahun 2007, Skins sebagai Effy Stonem. Scodelario meninggalkan rancangan itu selepas siri keempat untuk memberi laluan kepada karakter generasi ketiga. Lakonannya dipuji oleh pengkritik dan beliau dicalonkan dua kali dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah TV Quick pada tahun 2009 dan 2010.[6]Scodelario menyambung wataknya sebagai Effy dalam siri terakhir Skins.

2009–sekarang

Scodelario membuat penampilan filem pertamanya dalam Moon yang dibuka di Festival Filem Sundance 2009 dan menerima ulasan positif. Dalam filem keduanya, Shank, beliau melakonkan watak bernama Tasha. Filem ini ditayangkan pada 26 Mac 2010.[7] Sebagai tambahan, beliau muncul dalam Clash of the Titans sebagai Peshet.

Scodelario pada tahun 2009

Scodelario sebelum ini pernah menandatangani bersama Models 1 dan telah menjadi model untuk pelbagai majalah termasuk Teen Vogue, Nylon, Instyle UK, Elle UK, Dazed & Confused, Vogue dan i-D. Beliau juga muncul dalam video muzik Stay Too Long, She Said, Love Goes Down dan Writing's on the Wall oleh Plan B.[8] Beliau juga dilihat berada dalam video muzik Old Isleworth oleh The Ruskins[9] dan lagu 2012 Robbie Williams, Candy.[10]

Pada bulan April 2010, Scodelario mengesahkan pemilihannya sebagai Cathy dalam Wuthering Heights diarahkan oleh Andrea Arnold.[11] Fotografi utama bermula pada bulan September[12] dan selesai pada bulan November 2010.[13] Filemi ini dibuka di Festival Filem Venice pada bulan September 2011[14] dan menerima ulasan positif.[15] Wuthering Heights juga muncul di beberapa festival filem antarabangsa yang lain termasuk Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011,[16] Festival Filem London,[17] dan Festival Filem Sundance 2012.[18] Filem ini ditayangkan di UK pada 11 November.[19]

Tahun 2011 mendatangkan lebih banyak projek untuk Scodelario. Beliau menandatangani untuk membintangi Twenty8k sebagai Sally Weaver.[20] Pengambaran mengambil masa selama enam minggu ketika bulan April dan Mei 2011.[21] Filem ini ditayangkan pada bulan September 2012.[22] Pada lewat bulan Jun, Scodelario mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani untuk membintangi Now Is Good bersama Dakota Fanning.[23] Filem ini adalah berdasarkan novel Jenny Downham, Before I Die.[24] Beliau melakonkan watak Zoey.[25] Produksi menjalani pengambaran selama tujuh minggu pada bulan Julai[26] dan Ogos.[27] Pada lewat bulan September, Scodelario menjalani pengambaran siri televisyen BBC One, True Love.[28] Episodnya ditayangkan pada 19 Jun 2012.[29]

Scodelario pada tahun 2012

Pada bulan Januari 2012, Scodelario menjalani pengambaran filem Amerika pertamanya, Emanuel and the Truth About Fishes di Los Angeles. Beliau membintangi sebagai Emanuel. Filem ini mendapat pelepasan terhad pada 10 Januari 2014.[30] Semasa melawat teman lelakinya di set Spike Island pada bulan April, Scodelario menjalani pengambaran sebagai penampilan kameo untuk filem itu.[31] Beliau juga menyertai kempen pengiklanan untuk jenama barang kemas Korea, J. Estina.[32] Pada tahun 2013, beliau membintangi drama bersiri Channel 4, Southcliffe.[33]

Scodelario menandatangani untuk membintangi francais filem, The Maze Runner pada bulan April 2013. Beliau membintangi sebagai Teresa dalam filem pertama yang ditayangkan pada bulan September 2014 dan sekuel, Maze Runner: The Scorch Trials, ditayangkan pada bulan September 2015.[34] Beliau juga dijadual membintangi Tiger House.[35] Scodelario juga menandatangani untuk membintangi The Moon and the Sun yang dijangka ditayangkan pada tahun 2015.[36]

Scodelario terlibat dengan Stay With Me yang akan diarahkan oleh Tim Fywell dan dihasilkan oleh Festival Film & TV. Beliau akan melakonkan watak Lamb.[37] Produksi dijadual bermula pada bulan Februari/Mac 2012.[38] Beliau juga terlibat dengan Invisible, yang ditulis, diarah dan dihasilkan oleh Robert Cavanah. Scodelario akan melakonkan watak Lola.[39] Beliau juga akan membintangi Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[40]

Rujukan

WikiPedia: Kaya_Scodelario http://www.digitalspy.ca/british-tv/news/a408952/s... http://www.digitalspy.ca/movies/news/a333155/wuthe... http://screenterrier.blogspot.com/2011/04/twenty8k... http://www.darkhorizons.com/news/16801 http://www.digitalspy.com/movies/news/a212426/scod... http://www.empireonline.com/news/story.asp?NID=319... http://www.fanpop.com/spots/skins/images/10565050/... http://www.fhm.com/girls/covergirls/kaya-scodelari... http://www.imagebam.com/image/50aa3045509301/ http://www.imdb.com/name/nm2546012/