Keberkecualian_internet

Keberkecualian internet (Jawi: كبركچوالين اينترنيت, Bahasa Inggeris: net neutrality) ialah suatu prinsip di mana pembekal khidmat Internet dimestikan melayani kesemua data di internet dengan sama ratanya dan tidak mendiskriminasi atau mengenakan caj berbeza terhadap pengguna, kandungan, tapak sesawang, platform, perisian penggunaan, jenis peralatan yang dilampirkan atau kaedah perhubungan.[1] Contohnya, di bawah prinsip ini, penyedia khidmat internet tidak boleh dengan sengajanya menyekat, memperlahankan atau mengenakan caj wang untuk sesetengah laman sesawang dan kandungan dalam talian.Konsep ini telah diilhamkan oleh Tim Wu, seorang profesor undang-undang hiburan di Universiti Columbia pada 2003 sebagai satu lanjutan kepada suatu konsep lama mengenai pembawa sepunya (common carrier) yang digunakan untuk menerangkan peranan sistem telefon.[2][3][4][5]

Rujukan

WikiPedia: Keberkecualian_internet http://economixcomix.com/home/net-neutrality/ http://www.im.uni-karlsruhe.de/Upload/Publications... http://dig.csail.mit.edu/breadcrumbs/node/144 http://www.jthtl.org/content/articles/V2I1/JTHTLv2... https://www.google.com/help/netneutrality.html https://www.savetheinternet.com/net-neutrality-wha... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb16582672h https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb16582672h https://www.idref.fr/159520932 https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh20100128...