Kebudayaan_Amerika_Syarikat

Amerika Syarikat merupakan negara berbilang budaya yang terdiri daripada pelbagai kelompok, tradisi dan nilai hidup etnik.[1][2] Selain penduduk Pribumi Amerika dan Pribumi Hawaii yang kini agak kecil jumlahnya, hampir semua orang Amerika atau nenek moyang mereka berhijrah ke sini selama lima abad yang lalu.[3] Kebudayaan arus perdana yang diamalkan oleh kebanyakan orang Amerika merupakan budaya Barat yang banyak berasal dari tradisi penghijrah Eropah, tetapi juga dipengaruhi oleh budaya lain seperti tradisi yang dibawa masuk oleh hamba abdi dari Afrika.[1][4] Penghijrah terbaru dari Asia dan Amerika Latin turut memeriahkan campuran kebudayaan yang diperikan sebagai wadah tumpuan yang semakin homogen dan juga “mangkuk salad” heterogen di mana para pendatang dan zuriatnya mengekalkan sifat kebudayaan yang tersendiri.[1]Menurut analisa dimensi kebudayaan Geert Hofstede, AS mencatatkan markah individualisme tertinggi di kalangan negara-negara yang diselidik.[5] Sungguhpun budaya arus perdana menganggap bahawa AS merupakan masyarakat tanpa kelas,[6] namun para cendekiawan mengenal pasti perbezaan ketara antara kelas-kelas sosial dalam negara ini yang mempengaruhi sosialisasi, bahasa dan nilai-nilai rakyat.[7] Kelas menengah dan profesional Amerika Syarikat telah melancarkan pelbagai perkembangan sosial kontemporari seperti feminisme moden, environmentalisme, dan kepelbagaian budaya.[8] Imej kendiri, pandangan sosial dan jangkaan budaya orang Amerika tersangat rapat dengan pekerjaan mereka.[9] Walaupun orang AS amat menghargai pencapaian sosioekonomi, namun sekadar menjadi orang biasa pada umumnya dianggap sebagai sifat yang positif.[10] Walaupun Impian Amerika, atau tanggapan bahawa orang Amerika menikmati mobiliti sosial yang tinggi, memainkan peranan penting dalam menarik ramai penghijrah, namun kajian-kajian menunjukkan bahawa AS kurang mobiliti sosial berbanding Kanada dan negara-negara Nordik.[11]Kaum wanita masa kini banyak bekerja di luar rumah dan menerima majoriti besar ijazah sarjana muda.[12] Pada tahun 2007, 58% orang AS berumur 18 tahun ke atas sudah berkahwin, 6% menjanda, 10% bercerai, dan 25% lagi belum berkahwin.[13] Perkahwinan sama jantina masih menimbulkan perbalahan; sesetengah negeri membenarkan penyatuan sivil sebagai ganti perkahwinan. Sejak tahun 2003, beberapa negeri telah membenarkan perkahwinan homoseksual hasil tindakan kehakiman atau perundangan, manakala di negeri lain pula, para pengundi telah mengenakan larangan terhadap perkahwinan sama jantina menerusi pungutan suara.

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Amerika_Syarikat http://www.alexa.com/topsites/countries/US http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830 http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1005003 http://www.factmonster.com/sports/olympics/2008/di... http://www.harrisinteractive.com/Insights/HarrisVa... http://www.infoplease.com/ipsa/A0115108.html http://www.infoplease.com/ipsa/A0115207.html http://www.nationmaster.com/graph/med_tel_vie-medi... http://www.suttontrust.com/reports/Intergeneration...