Sukan Kebudayaan_Amerika_Syarikat

Pemain bola sepak Amerika.

Sejak akhir abad ke-19, besbol dianggap sebagai sukan kebangsaan, di samping football, bola keranjang, dan hoki ais yang menjadi tiga sukan profesional utama yang lain di negara ini. Football juga disebut-sebut sebagai sukan yang paling ramai penontonnya.[28] Tinju dan lumba kuda pernah menjadi sukan individu yang paling ditonton, tetapi kini sudah diatasi oleh golf dan lumba kereta, khususnya NASCAR. Bola sepak pula menjadi sukan kegemaran pada peringkat belia dan amatur. Tenis dan banyak lagi sukan luar turut disambut baik.

Biarpun kebanyakan sukan AS berevolusi daripada amalan Eropah, namun bola keranjang, bola tampar, papan selaju, luncur salji, dan pasukan sorak sememangnya ciptaan Amerika. Lacrosse dan luncur air berpunca dari kegiatan pribumi Amerika dan Hawaii yang lama wujud sebelum kedatangan orang putih. Lapan Sukan Olimpik telah diadakan di AS. Pasukan AS telah memenangi 2,301 butir pingat di Sukan Olimpik Musim Panas, iaitu lebih banyak daripada mana-mana negara lain,[29] dan 253 butir lagi dari Sukan Olimpik Musim Sejuk, iaitu yang kedua terbanyak di dunia, di belakang Norway.[30]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Amerika_Syarikat http://www.alexa.com/topsites/countries/US http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830 http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1005003 http://www.factmonster.com/sports/olympics/2008/di... http://www.harrisinteractive.com/Insights/HarrisVa... http://www.infoplease.com/ipsa/A0115108.html http://www.infoplease.com/ipsa/A0115207.html http://www.nationmaster.com/graph/med_tel_vie-medi... http://www.suttontrust.com/reports/Intergeneration...