Makanan Kebudayaan_Amerika_Syarikat

Deretan restoran AS yang menyajikan masakan dari pelbagai budaya Eropah, Asia mahupun Amerika.

Seni masak-masakan arus perdana Amerika serupa dengan negara-negara Barat yang lain. Bijian bijirin yang utama dalam masakan AS ialah gandum. Masakan tradisional AS menggunakan ramuan-ramuan seperti ayam belanda, daging rusa berekor putih, ubi kentang, keledek, jagung, labu bulu, dan sirap mapel, iaitu makanan-makanan pribumi yang disajikan oleh orang asli dan pendatang Eropah terawal. Daging babi dan lembu barbeku rendidih, kuih ketam, kentang goreng, dan biskut cip coklat memang bergaya keamerikaan yang tersendiri. Makanan soul yang direka oleh kaum hamba Afrika, digemari ramai di rantau Selatan dan orang Amerika Afrika di merata negara. Masakan sinkretik seperti Kreol Louisiana, Cajun, dan Texas-Mexico juga terpenting di rantau masing-masing.

Sajian-sajian tipikal seperti pai epal, ayam goreng, piza, hamburger, dan hot dog berasal dari resipi-resipi bawaan pelbagai kaum pendatang. Kentang jejari yang kononnya dari Perancis (French fries), burrito dan taco dari Mexico, dan masakan pasta yang disesuaikan dari resipi asli Itali juga disukai ramai.[25] Orang AS lebih gemar minum kopi daripada teh. Usaha pemasaran industri AS banyak menyumbang kepada jus oren dan susu sebagai minuman sarapan yang utama.[26] Pada 1980-an dan 1990-an, pengambilan kalori AS meningkat 24%;[25] kekerapan menjengah kedai makanan segera dikaitkan dengan "wabak obesiti" Amerika yang dihebohkan oleh pegawai kesihatan. Minuman ringan yang banyak kandungan gula juga disambut hangat; minuman bergula menyumbang kepada 9% purata pengambilan kalori orang AS.[27]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Amerika_Syarikat http://www.alexa.com/topsites/countries/US http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830 http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1005003 http://www.factmonster.com/sports/olympics/2008/di... http://www.harrisinteractive.com/Insights/HarrisVa... http://www.infoplease.com/ipsa/A0115108.html http://www.infoplease.com/ipsa/A0115207.html http://www.nationmaster.com/graph/med_tel_vie-medi... http://www.suttontrust.com/reports/Intergeneration...