Kebudayaan Liangzhu (
Bahasa Cina: 良渚文化;
pinyin:
liángzhǔ wénhuà) (
3400–
2250 SM) merupakan kebudayaan
jed Neolithik yang terakhir di kawasan
Delta Sungai Yangtze di
China. Kawasan pengaruhnya terluar dari sekitar
Tasik Tai ke utara hingga
Nanjing dan
Chang Jiang, ke timur hingga
Shanghai dan pinggir lautan, dan ke selatan hingga
Hangzhou. Kebudayaan ini amat bersusun lapis, kerana artifak-artifak
jed,
sutera,
gading dan
sampang dijumpai hanya di tempat pengebumian bangsawan, manakala hasil tembikar lebih ditemui di kawasan pengebumian mereka yang kurang berada.
Tapak contoh di Liangzhu ditemui dan mula-mula diekskavasi oleh Shi Xingeng pada tahun 1936 di
Kaunti Yuhang,
Zhejiang.Kebudayaan ini memiliki bidang
pertanian yang canggih, dengan sistem pengairan, penanaman padi dan
akuakultur. Rumah-rumah di situ lazimnya dibina dengan kaki-kaki bajang di atas sungai atau pinggir pantai. Pertukangan jed dari kebudayaan ini dicirikan oleh batu-batu jed keupacaraan yang besar dan dibuat dengan halus, dan berukiran motif
taotie. Artifak-artifak yang paling menjadi contoh dari kebudayaan ini ialah hiasan
cong (silinder). Cong terbesar yang ditemui beratnya 3.5 kg. Cakera
bi dan kapak
yue turut ditemui, di samping loket-loket jed yang direka dengan ukiran burung, kura-kura dan ikan. Kebanyakan artifak jed Liangzhu mempunyai aspek seakan tulang yang berwarna putih susu kerana asalnya dari batu
tremolit serta pengaruh bendalir-bendalir asas air di tapak-tapak pengebumian, tetapi juga terdapat hasil jed buatan
aktinolit and
serpentin.Sebuah altar kebudayaan Liangzhu yang ditemui di
Yaoshan,
Zhejiang, menunjukkan struktur-struktur keagamaan yang terperinci dan dibuat daripada cerucuk-cerucuk batu dan tembok batu yang diletakkan dengan teliti; ini menunjukkazn bahawa agama itu diberi kepentingan besar. Altar tersebut ada tiga tingkat; yang paling tinggi ialah pentas buatan
tanah asak. Tiga lagi pentas diturap dengan batu buntar. Juga terdapat tinggalan tembok batu. Di atas altar itu ada 12 buah kubur dalam dua baris.
[1]Penemuan tinggalan tapak tembok kota purba diumumkan oleh kerajaan wilayah Zhejiang pada 29 November 2007. Kesemua tinggalan itu merupakan bahagian-bahagian pembinaan kota. Adalah disimpulkan bahawa tapak tersebut merupakan ibu kota lama Kerajaan Liangzhu yang terluas pengaruhnya sejauh wilayah Jiangsu, Shanghai, dan Shandong masa kini. Sebuah Muzium Kebudayaan Liangzhu dibuka pada tahun 2008. Ia terletak 17.5 kilometer di barat laut dari sudut timur laut
Tasik Barat di Hangzhou.