Masakan Kebudayaan_Vietnam

Masakan Vietnam tradisional menampilkan kombinasi lima "unsur" rasa utama (ngũ vị) iaitu pedas (logam), masam (kayu), pahit (api), masin (air) dan manis (tanah).[17] Ramuan-ramuan umum termasuklah sos ikan, pes udang, kicap soya, beras, herba segar, buah-buahan dan sayur-sayuran. Resipi Vietnam menggunakan daun serai, halia, pudina, daun kesum, jeraju gunung, kayu manis Saigon, cili padi, limau nipis dan daun selasih. [18] Masakan Vietnam tradisional terkenal dengan ramuan segar-segar, kurangnya penggunaan minyak dan banyaknya pergantungan pada herba dan sayur-sayuran, malah dianggap antara masakan bangsa yang paling berkhasiat di peringkat dunia.[19]

Makanan tempatan Vietnam utara selalunya kurang pedas daripada makanan selatan, kerana iklim utara lebih sejuk mengehadkan pengeluaran dan adanya rempah-ratus. Lada hitam menggantikan cili untuk menghasilkan ramuan pedas. Penggunaan daging-daging seperti babi, lembu dan ayam agak terhad pada zaman dahulu, jadi hasil air seperti ikan air tawar, ketam, siput dan kerang-kerangan laris digunakan. Sos ikan, kicap, sos udang dan limau nipis antara ramuan perencah utama. Banyak hidangan Vietnam terkemuka seperti bún riêu dan bánh cuốn berasal dari bahagian utara lalu dibawa ke selatan oleh penghijrah.[20]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Vietnam http://www.activetravelvietnam.com/culture_customs... http://www.bookrags.com/research/operavietnam-ema-... http://original.britannica.com/eb/article-29500/So... http://www.cnn.com/2010/HEALTH/08/25/healthiest.et... http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.indochinatravelplan.com/vietnamese-trad... http://www.lookatvietnam.com/2009/01/southeast-asi... http://www.saigonnezumi.com/2012/08/02/soccer-is-v... http://www.saveur.com/article/Travels/Heaven-in-a-... http://talkvietnam.com/2012/07/binh-dinh-to-host-i...