Kebudayaan_Vietnam
Kebudayaan_Vietnam

Kebudayaan_Vietnam

Kebudayaan Vietnam berkembang selama berabad-abad semenjak budaya kuno Đông Sơn yang berasaskan ekonomi pertanian padi. Sesetengah elemen budaya kebangsaan berasal dari Cina yang menerapkan unsur-unsur Konfusianisme dan Taoisme pada sistem politik dan falsafah tradisional. Struktur masyarakat Vietnam berkisarkan làng (kampung leluhur); semua orang Vietnam menyambut ulang tahun nenek moyang sepunya pada 10 hari bulan tiga takwim lunar.[1] Juga ternyata pengaruh budaya kaum pendatang seperti Cina Selatan padahal agama Buddha amat bersangkut-paut dengan budaya rakyat. Akhir-akhir ini juga terdapat pengaruh budaya Barat, khususnya dari Perancis dan Amerika Syarikat.Budaya Vietnam tradisional tertumpu pada kemanusiaan (nhân nghĩa) dan keharmonian (hòa); nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan amat diberi penekanan. Antara lambang-lambang kebudayaan Vietnam yang diangkat tinggi ialah haiwan mitos seperti Lạc Long Quân, "Bapa Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai naga keramat, dan Âu Cơ, "Ibu Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai burung lạc keramat. Juga diangkat gambaran-gambaran kura-kura dan kuda.[2]Kini, budaya hidup Vietnam amat dipengaruhi oleh program budaya dan media kawalan kerajaan. Selama puluhan tahun ditangkisnya pengaruh budaya luar khususnya dari barat. Akan tetapi sejak 1990-an, Vietnam kian terdedah kepada budaya dan media Asia, Eropah dan Amerika.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Vietnam http://www.activetravelvietnam.com/culture_customs... http://www.bookrags.com/research/operavietnam-ema-... http://original.britannica.com/eb/article-29500/So... http://www.cnn.com/2010/HEALTH/08/25/healthiest.et... http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.indochinatravelplan.com/vietnamese-trad... http://www.lookatvietnam.com/2009/01/southeast-asi... http://www.saigonnezumi.com/2012/08/02/soccer-is-v... http://www.saveur.com/article/Travels/Heaven-in-a-... http://talkvietnam.com/2012/07/binh-dinh-to-host-i...