Muzik Kebudayaan_Vietnam

Kecapi bertali satu Đàn bầu

Muzik tradisional Vietnam lain rantau lain ragamnya. Muzik klasikal utara adalah bentuk muzik tertua di Vietnam, malah lebih formal dari segi tradisi. Asal-usul muzik klasikal Vietnam dikatakan berpunca daripada pencerobohan Mongol pada abad ke-13 apabila negara Vietnam menawan sekumpulan opera Cina.[10] Sepanjang sejarah, bangsa Vietnam paling banyak dipengaruhi oleh tradisi muzik Cina di samping dari Mongolia, Korea adan Jepun.[11] Antara genre-genre muzik tradisional Vietnam ialah:

  • Nhã nhạc merupakan bentuk muzik istana yang paling laris.
  • Chèo pula merupakan sebentuk teater muzikal yang umumnya berbaur satira.
  • Xẩm atau Hát xẩm merupaman sejenis muzik rakyat Vietnam.
  • Quan họ (nyanyi bersilih ganti) diminati ramai di Hà Bắc (terbahagi kepada Wilayah Bắc Ninh and Bắc Giang) dan juga di seluruh Vietnam.
  • Hát chầu văn atau hát văn digunakan untuk menyeru semangat dalam upacara keagamaan.
  • Nhạc dân tộc cải biên merupakan bentuk muzik rakyat moden yang muncul pada 1950-an.
  • Ca trù (atau hát ả đào) merupakan muzik rakyat popular.

Juga terdapat pelbagai alat muzik tradisional, seperti Đàn bầu (kecapi bertali satu), Đàn gáo (rebab bertali dua berbadan kelapa), dan Đàn nguyệt (sitar dua tali berukir).

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan_Vietnam http://www.activetravelvietnam.com/culture_customs... http://www.bookrags.com/research/operavietnam-ema-... http://original.britannica.com/eb/article-29500/So... http://www.cnn.com/2010/HEALTH/08/25/healthiest.et... http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.indochinatravelplan.com/vietnamese-trad... http://www.lookatvietnam.com/2009/01/southeast-asi... http://www.saigonnezumi.com/2012/08/02/soccer-is-v... http://www.saveur.com/article/Travels/Heaven-in-a-... http://talkvietnam.com/2012/07/binh-dinh-to-host-i...