Kedudukan_Baitulmuqaddis
Kedudukan_Baitulmuqaddis

Kedudukan_Baitulmuqaddis

Kedudukan sah dan diplomatik Baitulmuqaddis tidak diselesaikan.[1] Para sarjana undang-undang tidak bersetuju terhadap cara menyelesaikan pertikaian Israel–Palestin tentangnya di bawah undang-undang antarabangsa.[2] Secara rasminya, banyak negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpegang teguh pada usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Baitulmuqaddis patut memiliki status antarabangsa.[3]Pertikaian utama berkisar sekitar kedudukan sah Baitulmuqaddis Timur, while broader agreement exists regarding future Israeli presence in Baitulmuqaddis Barat.[2] De jure, sebahagian besar negara anggota PBB dan kebanyakan pertubuhan antarabangsa tidak mengiktiraf pemilikan Israel terhadap Baitulmuqaddis Timur, datang di bawah kawalannya selepas Perang Enam Hari 1967, atau pengisytiharan Hukum Baitulmuqaddis 1980 Israel, yang mengisytiharkan Baitulmuqaddis yang "lengkap dan bersatu" sebagai ibu negara Israel.[4] Akibatnya, kedutaan-kedutaan asing kebiasaannya terletak di Tel Aviv dan di pinggir bandarnya.Baitulmuqaddis merupakan salah satu daripada isu utama dalam proses perdamaian dalam konflik Israel–Palestin. Kedua-duanya, orang Israel dan orang Palestin ingin kota suci itu sebagai ibu negara masing-masing.[5]Kesatuan Eropah telah menyatakan bahawa kedudukan Baitulmuqaddis ialah corpus separatum.[6][7] Presiden AS Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kedudukan_Baitulmuqaddis http://www.astroawani.com/berita-dunia/amerika-sya... http://fmep.org/resource/special-report-israels-un... http://daccessdds.un.org/doc/RESOLUTION/GEN/NR0/39... http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/295001.stm https://books.google.com/books?id=NUhGYFwhx-0C&pg=... https://books.google.com/books?id=jKdKSqe78DIC&lpg... https://www.jweekly.com/1999/10/01/disney-response... https://www.theguardian.com/Archive/Article/0,4273... https://www.theguardian.com/world/2014/jan/30/isra...