Contoh Kejejalan_populasi

Manusia

Menurut satu model 1999, suatu kejejalan populasi teruk, atau secara lebih spesifik penspesiesan sebenar-benarnya, berlaku dalam kalangan sekelompok Australopithecina semasa beralih menjadi spesies yang dikenali sebagai Homo erectus pada dua juta tahun lalu. Kejejalan-kejejalan tambahan dipercayai mesti telah berlaku sejak Homo erectus mula berjalan di atas Bumi, tetapi data arkeologi, paleontologi, dan genetik semasa adalah tidak cukup untuk memberikan banyak maklumat boleh harap tentang kejejalan-kejejalan tekaan sedemikian. Dengan itu, kemungkinan kejejalan seluruh spesies terkini yang teruk boleh diketepikan.[3]

Satu kajian 2005 dari Universiti Rutgers mengadakan teori bahawa populasi asli pra-1492 di Benua Amerika merupakan keturunan daripada hanya 70 individu yang menyeberangi jambatan darat di antara Asia dengan Amerika Utara.[4]

Teori malapetaka Toba

Rencana utama: Teori malapetaka Toba

Teori malapetaka Toba yang berkontroversi, dikemukakan pada hujung 1990-an hingga awal 2000-an, mencadangkan bahawa suatu kejejalan populasi manusia berlaku pada sekitar 70,000 tahun lalu, mencadangkan bahawa populasi manusia berkurang kepada mungkin 10,000–30,000 individu[5] apabila gunung berapi super Toba di Indonesia meletus dan mencetus perubahan alam sekitar yang besar. Kejejalan-kejejalan selari dicadangkan wujud sesama cimpanzi, gorila, beruk resus, orang utan, dan harimau.[6] Hipotesis ini berdasarkan bukti geologi bagi perubahan iklim tiba-tiba dan bukti bertaut bagi sesetengah gen (termasuk DNA mitokondrion, DNA kromosom Y, dan sesetengah gen nuklear)[7] dan paras agak rendah bagi variasi genetik pada manusia.[5]

Walau bagaimanapun, penyelidikan ikutan, terutamanya pada 2010-an, muncul untuk menafikan kedua-dua hujah iklim dan hujah genetik. Penyelidikan terkini menunjukkan takat perubahan iklim adalah jauh lebih kecil daripada yang dipercayai oleh penyokong teori itu.[8] Sebagai tambahan, waktu-waktu pertautan untuk DNA kromosom Y dan DNA mitokondrion telah disemak kepada jauh melebihi 100,000 tahun sejak 2011. Akhir sekali, pertautan sedemikian, dengan sendirinya, tidak menunjukkan kejejalan populasi, kerana DNA mitokondrion dan DNA kromoson Y hanya merupakan sebahagian kecil bagi seluruh genom, dan adalah atipikal kerana diwarisi secara eksklusif melalui ibu atau melalui bapa, masing-masing. Bahan genetik yang diwarisi secara eksklusif sama ada daripada bapa atau daripada ibu boleh dijejak kembali ke waktunya sama ada melalui keleluhuran sebelah ibu atau sebelah bapa.[9]

Pada 2000, kertas Biologi Molekul dan Evolusi mencadangkan model pengubahan atau 'kejejalan panjang' yang menyebabkan variasi genetik terhad, dan bukan sebaliknya perubahan persekitaran dengan malapetaka.[3] Ini sepatutnya tekal dengan cadangan-cadangan bahawa di Afrika sub-Sahara bilangannya boleh menurun pada masanya serendah 2,000, mungkin selama 100,000 tahun, sebelum bilangan mula meningkat lagi pada Zaman Batu Akhir.[10]

Haiwan luar

TahunBison Amerika
(anggaran)
Sebelum 149260,000,000
1890750
2000360,000

Bison Eropah (Bison bonasus) menghadapi kepupusan pada awal abad ke-20. Bison yang hidup kini kesemuanya diturunkan daripada 12 individu dan mempunyai variasi genetik yang sangat rendah, yang mungkin mula memberikan kesan kepada kebolehan pembiakan jantannya.[11] Populasi bison Amerika (Bison bison) menurun kerana pemburuan berlebihan, hampir membawanya kepada kepupusan pada sekitar tahun 1890, tetapi sejak itu telah mula pulih (lihat jadual).

Pemburuan berlebihan mendorong gajah laut utara kepada kehampiran kepupusan menjelang hujung abad ke-19. Biarpun gajah laut telah kembali, variasi genetik dalam populasinya kekal sangat rendah.

Satu contoh klasik bagi kejejalan populasi ialah yang terjadi pada gajah laut utara, yang populasinya menurun kepada sekitar 30 ekor pada 1890-an. Biarpun bilangannya kini mencapai beratus ribu, potensi untuk kejejalan-kejejalan dalam koloni kekal. Jantan dominan mampu mengawan dengan bilangan terbesar betina — kadang-kadang sebanyak 100 ekor. Dengan banyak sangat anak kepada suatu koloni yang diturunkan daripada hanya seekor jantan dominan, kepelbagaian genetik adalah terhad, menjadikan spesies ini rentan terhadap penyakit dan mutasi genetik. Hamster keemasan merupakan spesies yang terjejal secara serupa, dengan majoriti besar bagi hamster bela jinak diturunkan daripada satu perinduk tunggal yang ditemukan di gurun Syria pada sekitar 1930, dan sangat sedikit hamster keemasan liar yang kekal.

Genom bagi panda gergasi menunjukkan bukti kejejalan teruk yang berlaku pada sekitar 43,000 tahun lalu.[12] Ada juga bukti bagi sekurang-kurangnya satu spesies primat, iaitu monyet hidung penyek keemasan, yang juga mengalami kejejalan pada sekitar masa ini.

Deduksi-deduksi lanjut kadang-kadang boleh dikenakan inferensi daripada kejejalan populasi yang tercerap. Sesama kura-kura gergasi Kepulauan Galápagos — contoh penting kejejalan — populasi yang agak besar di lereng-lereng Gunung Berapi Alcedo kurang pelbagai secara ketara daripada empat populasi kura-kura lain di pulau sama. Analisis-analisis DNA mentarikhkan kejejalan ke sekitar 88,000 tahun sebelum kini.[13] Pada sekitar 100,000 tahun sebelum kini, gunung berapi meletus dengan ganas, menanam kebanyakan habitat kura-kura itu di dalam pumis dan abu.

Kejejalan juga wujud dalam kalangan haiwan baka tulen (contohnya anjing dan kucing: pug, kucing Parsi kerana para pembiak baka mengehadkan takung gennya dengan sedikit individu (pemenang pertunjukan) untuk penampilan dan tingkah laku. Kegunaan berlebihan bagi haiwan individual yang diingi dengan pengecualian bagi yang lain boleh menyebabkan kesan induk jantan popular.

Sebelum orang Eropah tiba di Amerika Utara, prairie menjadi habitat kepada ayam besar prairie. Di Illinois sahaja, bilangannya menurun dengan mendadak daripada sekitar 100 juta ekor pada 1900 kepada 50 ekor sahaja pada 1990. Penurunan populasi ini disebabkan oleh pemburuan dan pemusnahan habitat, tetapi akibat rawak juga telah menyebabkan kehilangan besar kepelbagaian spesies ini. Analisis DNA yang membandingkan burung dari 1990 dan pertengahan abad menunjukkan penurunan genetik mendadak pada dekad-dekad terkini. Ayam besar prairie kini sedang mengalami kejayaan pembiakan yang rendah.[14]

Kejejalan genetik wujud pada citah.[15][16]

Tumbuhan

Penyelidikan menunjukkan bahawa tidak ada kebolehubahan genetik dalam genom bagi pain Wollemi (Wollemia nobilis). Hanya ada sekitar 100 spesimen di dunia liar dan berpuluh ribu yang ditanam. Ini menunjukkan bahawa spesies ini melalui kejejalan populasi yang teruk.

Rujukan

WikiPedia: Kejejalan_populasi http://bio150.chass.utoronto.ca/labs/cool-links/la... http://www.livescience.com/history/050525_america_... http://essp.csumb.edu/eseal/kristi_west/history.ht... http://ns.umich.edu/Releases/2000/Jan00/r011000b.h... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1449701 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2427203 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC46261 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC46261/... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10666702 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14526072