Kejejalan_populasi
Kejejalan_populasi

Kejejalan_populasi

Kejejalan populasi, cerutan populasi, kejejalan genetik, atau cerutan genetik merupakan penurunan mendadak bagi saiz sesuatu populasi oleh sebab peristiwa persekitaran (seperti gempa bumi, banjir, kebakaran, penyakit, atau kemarau) atau kegiatan manusia (seperti genosid). Peristiwa sedemikian boleh mengurangkan variasi dalam takung gen bagi suatu populasi; lalu, populasi lebih kecil, dengan kepelbagaian genetik yang padan lebih kecil, kekal untuk menurunkan gen kepada generasi anak masa hadapan melalui pembiakan seks. Kepelbagaian genetik kekal lebih rendah, hanya meningkat dengan perlahan dengan masa apabila mutasi rawak berlaku.[1] Dalam akibat bagi penurunan saiz populasi dan kehilangan variasi genetik sedemikian, ketegaran populasi berkurang dan kebolehnnya untuk mandiri melalui perubahan persekitaran yang memilih, seperti perubahan iklim atau anjakan sumber tersedia, berkurang.Sebaliknya, bergantung pada sebab-sebab kejejalan, yang masih hidup mungkin menjadi individu yang terbaik secara genetik, lalu meningkatkan frekuensi gen-gen lebih baik dalam takung gen, sementara mengecutkannya. Hanyutan genetik ini boleh mengubah taburan berperkadaran bagi suatu alel mengikut peluang dan juga membawa kepada pengikatan atau kehilangan alel. Oleh sebab saiz populasi lebih kecil selepas suatu peristiwa kejejalan, peluang untuk pembiakbakaan dalaman dan kehomogenan genetik meningkat dan alel yang tidak dikehendaki boleh bertumpuk.Satu bentuk yang agak lain bagi kejejalan boleh berlaku jika sekelompok kecil menjadi terpisah secara pembiakan (contohnya secara geografi) daripada populasi utama, seperti melalui kesan pengasas yang pada contohnya melibatkan beberapa anggota bagi suatu spesies yang berjaya mengkolonisasi sebuah pulau terasing yang baru, atau daripada atur cara pembiakbakaan terkurung kecil seperti haiwan di zoo.Kejejalan populasi memainkan peranan penting dalam biologi pemuliharaan (lihat saiz populasi boleh hidup minimum) dalm dalam konteks pertanian (kawalan biologi dan kawalan haiwan perosak).[2]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kejejalan_populasi http://bio150.chass.utoronto.ca/labs/cool-links/la... http://www.livescience.com/history/050525_america_... http://essp.csumb.edu/eseal/kristi_west/history.ht... http://ns.umich.edu/Releases/2000/Jan00/r011000b.h... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1449701 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2427203 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC46261 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC46261/... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10666702 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14526072