Kejohanan_B-14_Piala_SuperMokh_2017

Kejohanan B-14 Piala SuperMokh 2017 merupakan sebuah kejohanan belia jemputan antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia. Kejohanan ini disertai oleh pasukan akademi dan kelab dari Perancis, England, Qatar, Korea Selatan, Jepun dan Iran ianya berlangsung pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai bagi Kejohanan Piala SuperMokh kategori bawah 14 tahun ini.[1] Masa penuh untuk kejohanan bawah 14 tahun adalah 60 minit.Pemain yang menyertai adalah pemain yang dilahirkan pada tahun 2005.