Keju_Perancis
Keju_Perancis

Keju_Perancis

Keju Perancis adalah segala jenis keju yang dihasilkan baik secara moden ataupun tradisional di negara Perancis. Hingga kini Perancis menghasilkan kira-kira 400 jenis keju (fromage dalam bahasa Perancis) yang berbeza.[1] Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding ketika Charles de Gaulle memerintah di Perancis.[2] Ketika itu variasi keju di Perancis ada sebanyak 246 jenis.[2] Keju-keju tersebut ada yang dibuat daripada susu lembu, susu biri-biri, susu kambing atau gabungan daripada beberapa jenis susu.[1] Setiap daerah di Perancis memiliki keju khususnya masing-masing.[1] Daerah Normandy terkenal dengan Camembert and Pont l’Evêque.[1] Daerah lembah Loire dan Provence terkenal dengan keju susu kambing yang rasanya tajam seperti Alsace dan Munster.[1] Daerah Alpine memiliki keju seperti Reblochon dan Beaumont yang teksturnya keras dan rasanya lebih halus.[1] Sedangkan daerah Paris menghasilkan keju yang sangat berprestij di dunia iaitu Brie.[1]