Pengeringan Kekempuhan

Daging kempuh, selain berwarna perang, lebih kering daripada daging tahap lain dan mengandungi sedikit atau tiada deneran. Ambil maklum bahawa melayur (memasak bahagian luar pada suhu tinggi) sama sekali tidak "mengedapkan deneran", kerana air menyejat pada kadar yang sama atau lebih tinggi berbanding yang berlaku dalam daging nirlayur.[8] Walau bagaimanapun, melayur memainkan peranan penting dalam pemerangan, yang merupakan penyumbang penting kepada rasa dan tekstur.