Pembukaan Kelajuan_cahaya

Menurut kepada teori moden teori fizikal, cahaya dan semua sinaran elektromagnetik bergerak pada kelajuan yang malar di dalam vakum, iaitu kelajuan cahaya. Ia merupakan pemalar fizik dan boleh diwakili oleh c {\displaystyle c} (dari perkataan Latin celeritas, iaitu "kelajuan"). Tanpa mengira rangka rujukan oleh pemerhati yang membuat ukuran atau kelajuan objek yang memancarkan cahaya tersebut, setiap pemerhati akan mendapat nilai yang sama untuk untuk kelajuan cahaya. Tiada maklumat yang boleh bergerak lebih laju daripada c {\displaystyle c} tanpa menyalahi hukum sebab akibat yang tidak pernah diperhatikan lagi.

Menurut kepada takrifan yang paling dominan, yang didefinisikan pada tahun 1983, kelajuan cahaya adalah

c = 299,792,458 meter sesaat,

atau lebih kurang 30 sentimeter (12 inci) per nanosaat. Nilai c didefinisikan sebagai ketelapan ruang kosong ( ϵ 0 {\displaystyle \epsilon _{0}} ) dan kebolehaliran ruang kosong ( μ 0 {\displaystyle \mu _{0}} ) dalam unit (cara efisyen MKSA) adalah

ϵ 0 = 10 7 / 4 π c 2 ( i n   A 2 s 4 k g − 1 m − 3 ) {\displaystyle \epsilon _{0}=10^{7}/4\pi c^{2}\quad \mathrm {(in~A^{2}\,s^{4}\,kg^{-1}\,m^{-3})} } μ 0 = 4 π 10 − 7 ( i n   k g m A − 2 s − 2 ) {\displaystyle \mu _{0}=4\,\pi \,10^{-7}\quad \mathrm {(in~kg\,m\,A^{-2}\,s^{-2})} } .

Pemalar-pemalar ini wujud dalam persamaan Maxwell, yang menerangkan tentang keelektromagnetan.