Sejarah Kelajuan_cahaya

Sehingga masa kini, kelajuan cahaya merupakan perkara yang masih kerap diperkatakan. Empedokles memperkatakan bahawa cahaya merupakan sesuatu yang sedang bergerak, jadi ia mengambil masa untuk bergerak. Aristoteles sebaliknya memperkatakan bahawa, "cahaya merupakan sesuatu yang melibatkan kehadiran sesuatu, tetapi ia bukan sesuatu yang bergerak". Selain itu, jika cahaya mempunyai kelajuan yang terhingga, ia mungkin sangat hebat; Aristotle pula memperkatakan bahawa "kekuatan kepercayaan kita adalah amat kuat" untuk mempercayai perkara ini.

Satu daripada teori lama memperkatakan bahawa cahaya dikeluarkan daripada mata, bertentangan bertentangan dengan pendapat yang mengatakan bahawa cahaya dipantulkan pada objek yang lain lalu memasuki mata. Dalam teori ini,Heron dari Alexandria menyambung pernyataan ini dengan memperkatakan bahawa kelajuan cahaya mestilah tidak terhingga, ini disebabkan objek yang jauh seperti bintang muncul dengan serta merta apabila seseorang membuka matanya.

Teori Zaman Pertengahan

Ahli falsafah Islam Avicenna dan Alhazen percaya bahawa cahaya mempunyai kelajuan yang terhad, walaupun kebanyakan ahli falsafah (kecuali dari Aryan) bersetuju dengan Aristotle pada pernyataan ini.

Johannes Kepler percaya bahawa kelajuan cahaya adalah tidak terhingga oleh sebab ruang kosong tidak memberikan sebarang gangguan kepadanya. Francis Bacon memperkatakan bahawa kelajuan cahaya tidak semestinya tidak terhingga, disebabkan sesuatu boleh bergerak terlalu cepat untuk dicerap, seperti peluru senapang. Rene Descartes mengatakan bahawa kelajuan cahaya adalah tidak terhingga, jika tidak, matahari, Bumi dan Bulan akan keluar daripada barisan semasa gerhana bulan. Disebabkan oleh herotan tersebut tidak dicerap, Descartes mengatakan bahawa halaju cahaya adalah tidak terhingga.

Pengukuran kelajuan cahaya

Galileo mencadangkan satu ujikaji untuk mengukur kelajuan cahaya dengan mencerap lampu tanglung dan pengesanannya pada jarak yang jauh darinya. Ujikaji ini telah dilaksanakan oleh Accademia del Cimento di Florence dalam 1667, dengan tanglung dijarakkan lebih kurang satu batu antara satu sama lain. Tiada sela masa diperhatikan. Robert Hooke telah menerangkan akan hasil negatif Descartes dan Galileo dengan menunjukkan bahawa pemerhatian itu bukan disebabkan oleh kelajuan cahaya yang tidak terhingga, tetapi disebabkan kelajuan cahaya yang sangat tinggi.

Pengukuran kelajuan cahaya yang pertama telah dilakukan oleh pada tahun 1676 oleh Ole Rømer, yang telah mengkaji gerakan satelit planet Musytari, Io. Rømer memerhatikan bahawa gerhana Io di Musytari kelihatan lebih cepat apabila bumi mendekati Musytari dan kemudian apabila bumi bergerak menjauhinya. Rømer secara tepatnya telah membuat kesimpulan yang kelewatan ini disebabkan oleh masa yang diambil oleh cahaya untuk melalui jarak yang lebih jauh di antara planet. Pada asas pemerhatiannya, Rømer menganggap yang cahaya mengambil masa 22 minit oleh cahaya untuk merentasi diameter orbit bumi (iaitu dua kali ganda unit astronomi); kiraan yang lebih moden adalah lebih hampir kepada 16 minit dan 40 saat. Pda masa itu, unit astronmi dianggap lebih kurang 140 juta kilometer. Dua hasil tersebut telah tersebut telah dicantumkan oleh Christiaan Huygens, yang menganggap kelajuan cahaya adalah 16 dan 2/3 diameter Bumi sesaat. Ini adalah lebih kurang 220,000 kilometer sesaat, adalah lebih rendah daripada nilai yang diketahui sekarang, tetapi masih jauh lebih pantas daripada mana-mana fenomena fizikal yang diketahui.

Keterhinggaan kelajuan cahaya tidak menjadi kesimpulan keputusan pemerhatian ini, ini disebabkan oleh keputusan perubahan ini boleh disangkal disebabkan oleh sedikit perubahan untuk mengorbit oleh satelit. Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian oleh James Bradley (1728) hipotesis bahawa kelajuan cahaya adalah malar telah dipertimbangkan secara diskrit. Bradley mengatakan bahawa sinaran cahaya yang menimpa bumi patut datang pada sudut yang sedikit berbeza, yang mana boleh dikira dengan membezakan kelajuan bumi di dalam orbitnya kepada kelajuan cahaya. Ini adalah "penyimpangan cahaya", seperti ia dipanggil, telah dicerap sebagai 1/200 darjah. Bradley telah mengira bahawa kelajuan cahaya adalah lebih kurang 185,000 batu sesaat. Ini adalah hanya sedikit sahaja kurang daripada nilai yang diketahui dan diterima sekarang.