Kelur
Kelur

Kelur

Pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa[1] (Tamil: முருங்கை, rumi: merunggaicode: ta is deprecated ) atau pokok benzoil[1] merupakan satu-satunya tumbuhan genus Moringa dalam keluarga Moringaceae. Pokok ini berasal dari bahagian selatan kaki pergunungan Himalaya barat laut India, namun sudah biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika. Pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.