Kem_tahanan_Teluk_Guantanamo
Kem_tahanan_Teluk_Guantanamo

Kem_tahanan_Teluk_Guantanamo

Kem tahanan Teluk Guantanamo (Bahasa Inggeris: Guantanamo Bay detention camp, diringkaskan G-bay atau GTMO[1]) ialah penjara tentera yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat sejak tahun 2002 di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo di pantai Teluk Guantanamo, Cuba.[2] Tahanan yang ditangkap dalam Perang Terhadap Keganasan, kebanyakannya dari Afghanistan dan ada juga kemudian dari Iraq, Tanduk Afrika dan Asia Tenggara dihantar ke kem ini.Semasa penubuhannya, Jabatan Keadilan A.S. menasihatkan pentadbiran George W. Bush bahawa kem tahanan ini boleh dianggap terletak di luar bidang kuasa undang-undang A.S. Mereka mengatakan tahanan tiada sebarang hak terhadap perlindungan mengikut Konvensyen Geneva. Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat sejak 2004 telah menyatakan sebaliknya dan mahkamah A.S. mempunyai bidang kuasa: ia memutuskan dalam Hamdan lwn. Rumsfeld pada 29 Jun 2006, bahawa tahanan berhak mendapat perlindungan minimum mengikut Common Article 3 Konvensyen Geneva.[3]Pada April 2011, Wikileaks mula menerbitkan 779 fail rahsia mengenai banduan di kem tahanan Teluk Guantanamo.[4]