Persemadian Kematian_Karpal_Singh

Pengebumian Karpal diadakan pada 20 April 2014 dengan penghormatan negeri penuh di Pulau Pinang dengan Keluarga dan dihadiri oleh orang ramai termasuk Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan kabinetnya bersama-sama dengan lebih daripada berpuluh-puluh ribu orang menghadiri pengebumian beliau. Majlis pengembumian beliau disifatkan sebagai majlis pengebumian terbesar dalam sejarah Pulau Pinang. Perarakan itu berhenti di tempat-tempat yang dikasihi oleh Karpal – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institut St Xavier dan ibu pejabat parti DAP negeri di Jalan Rangoon – sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Gantong.[12]

Jasad mendiang Karpal dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat Batu Gantong, George Town, Pulau Pinang pada jam 1:35 petang, 20 April 2014 dan dibakar selepas penghormatan terakhir dan solat berkabung,[13] melaungkan namanya dalam perarakan tersebut.[14][15] Abu mayat mendiang dikumpul oleh keluarga mendiang dan ditaburkan ke dalam laut pada Isnin, 21 April 2014.[16]

Rujukan

WikiPedia: Kematian_Karpal_Singh http://www.smh.com.au/world/malaysian-opposition-f... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/karpal-s... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/liong-si... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/260226 http://www.thehindu.com/news/international/world/e... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2008/... http://www.sinarharian.com.my/politik/karpal-singh... http://www.sinarharian.com.my/semasa/gurauan-kemat...