Kes Kematian_Karpal_Singh

Pada 17 April, Karpal, dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, maut di tempat kejadian. Selain itu, pembantu rumah beliau, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, dan pemandu kenderaan MPV, C. Selvam tidak mengalami kecederaan.[11]

Menurut laporan, kereta Toyota Alphard berlanggar dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.[11] Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Semakan polis terhadap kenderaan MPV tersebut mendapati terdapat 29 kesalahan lalu lintas memandu laju direkodkan di bawah Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan daripada jumlah tersebut, 15 saman masih belum dijelaskan. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian.[11]

Rujukan

WikiPedia: Kematian_Karpal_Singh http://www.smh.com.au/world/malaysian-opposition-f... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/karpal-s... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/liong-si... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/260226 http://www.thehindu.com/news/international/world/e... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2008/... http://www.sinarharian.com.my/politik/karpal-singh... http://www.sinarharian.com.my/semasa/gurauan-kemat...