Reaksi Kematian_Karpal_Singh

Ahli-ahli politik, aktivis dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan mendiang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Karpal dan juga menyatakan kejutan mereka terhadap kejadian itu.

  • Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat berita kematian Karpal selepas berlepas ke Turki dan menyampaikan takziah kepada keluarga mendiang. Najib berkata di laman Twitter beliau: "Saya baru sahaja berangkat ke Ankara apabila saya mendengar berita bahawa YB Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, takziah saya ucapkan kepada keluarga mendiang,"[17]
  • Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menyuarakan ucapan takziah di akaun Twitter rasminya. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka telah kehilangan seorang rakan sekerja dan seorang pejuang yang tidak berdosa untuk keadilan. "Kami kehilangan seorang rakan, kami berbual begitu lama di telefon pada jam 6.30 petang semalam, ucapan takziah saya kepada keluarga beliau," katanya.[17]
  • Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa ia ialah berita yang menyedihkan bagi negara. Beliau berkata: "Negara ini telah kehilangan seorang tokoh politik dan seorang peguam yang berwibawa. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh," katanya.[17]
  • Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyampaikan eulogi (puisi sanjung) pada jam 10.15 pagi ketika majlis pengebumian.[16]
  • Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan Karpal sebagai seorang rakan yang baik dan ibarat seperti "harimau tiada taring"[18] dan seseorang yang boleh dipercayai yang sentiasa mahu berkhidmat kepada rakyat. Beliau berkata: "Kami sama-sama di Parlimen. Karpal sentiasa membangkitkan isu-isu untuk kepentingan rakyat, tiada apa yang dapat saya buat kecuali menangis apabila mendapat tahu tentang kematian Karpal,".[19][20]
  • Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal sebagai pelajar yang nakal dan selalu gagal dalam peperiksaan.[21]
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986. Beliau berkata: "Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara,"[21]

Pandangan keluarga

Anak perempuan tunggal mendiang, Sangeet Kaur Deo memberitahu kepada media, bapanya bersama pembantu peribadi sempat bergurau bersama mengenai kematian, dan tidak menyangka itu merupakan gurauan terakhir bapanya sebelum kemalangan. Sangeet juga berkata beliau mendengar cerita tersebut daripada salah seorang pekerja bapanya yang kebetulan mendengar gurauan itu. Beliau berkata dalam temu ramah bersama pemberita dan wartawan:"[22]

"Bapa saya berkata mereka semua (kakitangan) bergembira. Mereka semua berada dalam keadaan yang bergembira, kemudian bapa saya berkata: "Tanpa Michael, saya akan mati,". Michael pula menjawab: "Tanpa bos, saya akan mati,""[22]

Rujukan

WikiPedia: Kematian_Karpal_Singh http://www.smh.com.au/world/malaysian-opposition-f... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/karpal-s... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/liong-si... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/260226 http://www.thehindu.com/news/international/world/e... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2008/... http://www.sinarharian.com.my/politik/karpal-singh... http://www.sinarharian.com.my/semasa/gurauan-kemat...