Kronologi Kemelut_politik_Kedah_2020

4 Mei

Seramai 348 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipecat akibat melanggar disiplin dan etika parti berkenaan manakala 285 orang ahli pula digantung keahlian mereka[8]. Daripada senarai tersebut, seramai 33 orang anggota PKR negeri Kedah telah digantung keahlian[9].

6 Mei

ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee selaku Ketua Cabang PKR Sungai Petani telah mempertikaikan keputusan tersebut yang antara lain turut memecat pembantunya.[10][11] 4 orang anggota PKR di Cabang Sungai Petani telah digantung keahlian iaitu Ahli Jawatankuasa Cabang, Asmaton Asma Mohd Kasim; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, Mohd Fuaz Mohd Yusof; ahli Jawatankuasa AMK Cabang, Qairil Shahazat Ahmad Sapari; dan ahli cabang, Mohd Firdaus Yusoff. Kenyataan Robert ini dilihat bahawa beliau sudah tidak bersependapat dengan kepemimpinan PH iaitu parti gabungan PKR.[12]

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya pula berkata sebagai respon apa yang berlaku, PAS bersedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Kedah berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dalam PH Kedah. Ahmad berkata, pada dasarnya, PH Kedah telah tempang dan kehilangan majoriti untuk menerajui kerajaan negeri ini dan perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi. PAS Kedah memiliki 15 kerusi DUN iaitu jumlah paling tinggi dalam kalangan parti yang ada bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri[13].

10 Mei

Pimpinan PAS Kedah mengadakan pertemuan hari ini yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Naib Presiden PAS) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS) di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut kira-kira 10 pagi[14]. Turut hadir ialah semua 15 ADUN PAS, semua 2 ADUN Kedah dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Takiyuddin mengesahkan pertemuan dengan 17 ADUN termasuk membincangkan tentang urusan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahmad Samsuri pula menegaskan PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Kedah untuk memilih calon Menteri Besar negeri ini[15].

12 Mei

Dua orang perwakilan PKR iaitu ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin telah keluar daripada parti PKR menjadi wakil rakyat bebas.[16] Kedua-dua ADUN tersebut seterusnya menyatakan sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.[17] Tindakan itu membolehkan kerajaan Kedah yang diterajui PH dan Bersatu hilang majoriti apabila dua ADUN terbabit keluar dari PH dan menyokong Perikatan Nasional.

Perikatan Nasional Kedah yang diwakili Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang merupakan ADUN Jeneri mengadakan sidang media dan mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan melebihi majoriti[18].

13 Mei

Dua orang perwakilan Bersatu iaitu ADUN Kuah, Firdaus Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat mengumumkan sokongan kepada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional selepas hilang kepercayaan[19] kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Firdaus juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Kedah, manakala Juhari merupakan Timbalan Speaker DUN Kedah. Terdahulu, ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Kedah turut menyatakan sokongan[20] terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, sebanyak 23 akuan bersumpah daripada ADUN Kedah sudah dipersembahkan kepada Sultan Kedah dengan mencadangkan calon baru menteri besar negeri itu. Akuan berkenaan diserahkan ketika Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi), PAS (Abdul Hadi Awang) dan Bersatu (Muhyiddin Yassin) mengadap Sultan Kedah di Kuala Lumpur hari ini. Datuk Takiyuddin juga turut hadir dalam pertemuan tersebut[21].

Kedudukan ADUN Kedah semasa 13 Mei 2020
Menyokong Pakatan HarapanMenyokong Perikatan Nasional
PHBersatuPASBNBersatuBebas
PKRAmanahDAPUMNO
632215242

14 Mei

Beberapa ADUN dari Perikatan Nasional, PH dan Bebas mengesahkan kesemua 36 ADUN Kedah dijadualkan menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada 15 Mei 2020. Antara yang mengesahkannya ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi (Amanah-Alor Mengkudu), Teh Swee Leong (DAP-Kota Darul Aman), seorang ADUN PAS dan Dr Robert Ling Kui Ee (Bebas-Sidam)[22].

15 Mei

Seramai 23 ADUN yang didakwa menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional selesai mengadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada majlis menghadap sultan yang diadakan di belah pagi. Majlis menghadap dilakukan dalam tiga sesi bermula jam 10 pagi dan didahului lapan ADUN termasuk Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Kumpulan kedua masuk pada jam 10.30 pagi dan kumpulan ketiga pada jam 11 pagi. Semua ADUN terbabit adalah 15 dari PAS, 4 dari Bersatu yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, 2 dari UMNO dan 2 dari Bebas[23].

Pada jam 3 petang, 12 ADUN Pakatan Harapan masuk menghadap Sultan Kedah, disusuli Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terakhir menghadap pada jam 4.30 petang. 12 ADUN terbabit adalah 5 dari PKR, 2 dari DAP, 4 dari Amanah, dan 1 dari Bersatu yang menyokong kepimpinan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar[24].

17 Mei

Pada jam 10 pagi, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau serta-merta. Dengan pengumuman itu juga, ia sekaligus menyebabkan kerajaan PH juga tidak lagi menerajui negeri ini.[25][26]

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu setelah mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah[27].

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di hadapan Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, pada 3.05 petang.[28]

Rujukan

WikiPedia: Kemelut_politik_Kedah_2020 http://www.astroawani.com/berita-politik/pentadbir... https://www.malaysiakini.com/news/424324 https://www.malaysiakini.com/news/451717 https://www.malaysiakini.com/news/454977 https://www.malaysiakini.com/news/513136 https://www.malaysiakini.com/news/525280 https://www.malaysiakini.com/news/525493 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05...