Kemelut_politik_Malaysia_2020
Kemelut_politik_Malaysia_2020

Kemelut_politik_Malaysia_2020

Kemelut politik Malaysia 2020 ialah kemelut politik Malaysia yang sedang berlaku. Ia membawa kepada perletakan jawatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Peristiwa ini memperlihatkan penyingkiran kerajaan gabungan Pakatan Harapan selepas berkuasa selama 22 bulan berikutan kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2018.Kemelut ini bermula apabila beberapa parti politik bergabung dan cuba membentuk kerajaan baru dengan mendakwa majoriti kerusi di Dewan Rakyat, peringkat rendah Parlimen Malaysia, tanpa melalui pilihan raya. Ia dicapai melalui penarikan diri Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU dari gabungan Pakatan Harapan dan melalui sokongan beberapa ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu. Akibatnya, perdana menteri Mahathir Mohamad meletak jawatan.Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, kemudian bertemu dengan semua Ahli Parlimen dan pemimpin parti politik untuk mendapat sokongan mereka terhadap Perdana Menteri yang baharu. Baginda akhirnya melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan gabungannya akan dikenali sebagai Perikatan Nasional. Tiga negeri, Johor, Melaka dan Perak juga mengalami perubahan dalam kerajaan negeri kerana Perikatan Nasional memperoleh majoriti dalam masing-masing Dewan Negeri Johor, Dewan Undangan Negeri Melaka dan Dewan Undangan Negeri Perak.

Rujukan

WikiPedia: Kemelut_politik_Malaysia_2020 http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://english.astroawani.com/politics-news/malay-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pakatan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ja... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sidang-d... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-ti... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wakil-pe... http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-maksu...