Impak Kemelut_politik_Malaysia_2020

Peringkat negeri

Selangor

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin pada pagi 25 Februari 2020. Beliau disertai pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo.[81] Amirudin ialah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan terkenal kerana dipilih Azmin Ali untuk dicalonkan Menteri Besar untuk menggantikan beliau apabila beliau disenaraikan sebagai menteri di dalam kabinet perdana menteri, dan secara umumnya dianggap sebagai leftenan utama orang Azmin dalam parti itu.[82][83][84] Baginda berpuas hati dengan penjelasan mereka bahawa pembangunan politik di peringkat persekutuan tidak akan menjejaskan gabungan Pakatan Harapan di kerajaan Negeri Selangor dan bersetuju untuk beroperasi seperti biasa.[81]

Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengarahkan semua 56 ahli Dewan Negeri Johor untuk bertemu baginda pada 26 Februari dan menyatakan keutamaan mereka sama ada untuk membentuk kerajaan gabungan baharu atau untuk membenarkan Pakatan Harapan terus mentadbir negeri.[85] Sidang dewan undangan negeri yang dijadualkan diadakan pada 5 Mac akhirnya ditangguhkan.[86]

Pada 27 Februari, setiausaha peribadi Sultan, Jaba Mohd Noah, mengumumkan bahawa gabungan baharu akan memerintah negeri itu setelah mendapat majoriti mudah 28 ADUN berbanding 26 yang menyokong Pakaran Harapan.[87] Dua ahli dewan negeri, Mazlan Bujang dari PPBM dan Salahuddin Ayub dari Amanah gagal untuk menyatakan pilihan mereka kerana tidak menghadap baginda seperti yang diarahkan.[88] Gabungan baharu tersebut akan dianggotai Ahli Parlimen dari PPBM, UMNO, MIC, PAS dan beberapa perikatan lain yang tidak disebut.[89] Menteri Besar Johor yang baharu, Hasni Mohammad dari UMNO telah mengangkat sumpah pada petang 28 Februari di hadapan Sultan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.[90]

Melaka

Dewan Undangan Negeri Melaka menjadi buntu apabila kedua-dua Pakatan Harapan dan pembangkang Barisan Nasional memegang 13 kerusi masing-masing selepas penarikan diri PPBM dari parti gabungan itu.[91] Ketua Menteri, Adly Zahari menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob pada 26 Februari untuk memberi taklimat kepada beliau mengenai perubahan politik terkini.[92] Pada 27 Februari, kerajaan negeri mengumumkan dalam satu sidang media bahawa mereka akan kekalkan status quo dan akan beroperasi seperti biasa.[93]

Pada 2 Mac, pengerusi Barisan Nasional negeri Melaka, Abdul Raouf Yusof pergi menghadap Yang di-Pertua Negeri.[94] Dalam satu sidang media pada waktu petang, beliau mengesahkan bahawa Pakatan Harapan hilang majoriti di dewan undangan negeri dan Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan negeri baharu. Gabungan kerajaan negeri baharu mempunyai sokongan 17 ahli dewan negeri.[95]

Pada 3 Mac, Adly mengadakan sidang akhbar, di mana beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatannya. Walau bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa beliau bukan lagi ketua menteri dan telah diberhentikan pada petang sebelumnya.[96]

Kedah

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pada 27 Februari.[97] Mukhriz juga merupakan anak ke-5 Mahathir dan ahli PPBM yang telah keluar gabungan Pakatan Harapan pada 24 Februari.[98] Sultan bersetuju untuk membenarkan Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar selepas 19 ahli Pakatan Harapan mengumumkan sokongan mereka terhadapnya biarpun situasi kemelut politik di peringkat persekutuan.[99]

Perak

Pada 27 Februari, seorang wakil UMNO dari pembangkang telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Beliau kemudiannya mendedahkan bahawa Sultan menyatakan bahawa mana-mana gabungan yang boleh membuktikan kepada baginda bahawa mereka mempunyai sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam dewan negeri akan membentuk kerajaan.[100] Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu (PPBM) kemudiannya meramalkan akan ada kerajaan negeri baharu, dan meluahkan harapan beliau bahawa akan terus menjadi Menteri Besar.[101]

Pada 3 Mac, beliau memberitahu media bahawa beliau telah diperintahkan untuk menghadap Sultan di Istana Iskandariah pada waktu petang. Kemudian, pada tanggal 10 Mac 2020, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.Baginda Sultan meminta ketua parti untuk menamakan calon. Dan berdasarkan budi bicara Sultan, maka beliau sekali lagi dilantik menjadi menteri besar Perak.[102]

Pulau Pinang

Pada 4 Mac, Dr. Afif Bahardin dari PKR meletak jawatan dari jawatannya di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.[103] Beliau menyatakan bahawa beliau ditekan oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat untuk meletakkan jawatannya.[104] Afif adalah penyokong terkenal Azmin Ali ketika Azmin masih menjadi timbalan presiden parti.[105] Norlela Ariffin dari PKR dilantik sebagai ahli majlis negeri yang baru dan beliau mengangkat sumpah pada 12 Mac di hadapan Yang Dipertua Negeri, Abdul Rahman Abbas.[106][107]

Rujukan

WikiPedia: Kemelut_politik_Malaysia_2020 http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://english.astroawani.com/politics-news/malay-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pakatan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ja... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sidang-d... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-ti... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wakil-pe... http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-maksu...