Kemerdekaan_Scotland

Kemerdekaan Scotland (Bahasa Scots: Scots unthirldom,[1] Bahasa Gaelik Scotland: Neo-eisimeileachd na h-Alba) adalah matlamat politik yang ditujukan pelbagai parti politik, kumpulan penyokong serta individu tertentu di Scotland yang mahukan negara tersebut menjadi sebuah negara yang bebas dan berdaulat berbanding statusnya sebagai negara ahli United Kingdom.Sebuah referendum telah diadakan di Scotland pada 18 September 2014 di mana para pengundi diminta untuk menjawab "Ya" atau "Tidak" untuk soalan: "Patutkah Scotland menjadi sebuah negara yang merdeka?"[2] 55.3% pengundi menjawab "Tidak" manakala 44.7% menjawab "Ya", dengan peratusan mengundi sebanyak 84.5 peratus.[3]Berikutan keputusan referendum yang dilakukan United Kingdom untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, di mana Scotland mengundi untuk kekal dalam kesatuan tersebut,[4] pemimpin Parti Kebangsaan Scotland serta Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon telah menyatakan ada kemungkinan besar referendum kedua untuk kemerdekaan negara tersebut. Sturgeon mengumumkan pada minggu berikutnya bahawa beliau akan mendapatkan kuatkuasa daripada Parlimen Scotland atas persetujuan mereka dengan Kerajaan United Kingdom atas aturan awal yang dibuat untuk referendum kedua yang bakal diadakan antara musim luruh 2018 dan musim bunga 2019.[5] Perdana Menteri Theresa May telah menyatakan bahawa kerajaannya tidak akan bersetuju dengan cadangan ini.[6]

Rujukan

WikiPedia: Kemerdekaan_Scotland http://www.apnewsarchive.com/2014/Scotland's_Vikin... http://www.bbc.com/news/politics/eu_referendum/res... http://www.globalpolitician.com/articledes.asp?ID=... http://www.heraldscotland.com/news/politics/suppor... http://www.heraldscotland.com/news/politics/yes-vo... http://www.heraldscotland.com/politics/political-n... http://www.heraldscotland.com/politics/referendum-... http://www.heraldscotland.com/politics/referendum-... http://www.heraldscotland.com/politics/scottish-po... http://www.heraldscotland.com/sport/spl/aberdeen/i...