Parti_Kebangsaan_Scotland

Parti Kebangsaan Scotland (SNP; Bahasa Gaelik Scotland: Pàrtaidh Nàiseanta na h-Alba, Bahasa Scots: Scots Naitional Pairtie) ialah sebuah parti politik nasionalis dan demokrasi sosial[8][9] di Scotland. SNP menyokong dan berkempen untuk kemerdekaan Scotland. Ia merupakan parti politik terbesar di Scotland dengan pegangan kerusi terbanyak di Parlimen negara tersebut dan kerusi-kerusi Scotland di Parlimen United Kingdom. Bahkan, ia mempunyai keahlian ketiga terbesar dalam kalangan parti-parti politik United Kingdom serta jumlah bilangan perwakilan di Dewan Rakyat selepas Parti Konservatif dan Parti Buruh. Ketua parti ini, Nicolas Sturgeon telah berkhidmat sebagai Menteri Pertama Scotland sejak 20 November 2014.Parti ini dibentuk pada tahun 1934 dengan pengabungan Parti Nasionalis Scotland dengan Parti Scotland. Ia telah mempunyai perwakilan berterusan di dalam Parlimen Scotland perwakilan sejak Winnie Ewing memenangi pilihan raya kecil Hamilton 1967. Apabila Parlimen Scotland yang didevolusikan terbentuk pada tahun 1999, SNP menjadi parti kedua terbesar berkhidmat sebagai parti pembangkang  selama dua penggal. SNP mendapat peningkatan besar pengaruh mereka dengan perolehan kerusi dalam pilihan raya umum Sctoland 2007, seterusnya membentuk kerajaan minoriti. Mereka kemudiannya memenangi pilihan raya umum seterusnya pada 2011dan membentuk kerajaan majoriti pertama Parlimen Scotland.SNP adalah parti politik yang terbesar di Scotland dari segi keahliannya yang mencapai lebih 120,000 orang ahli pada Julai 2016, iaitu sekitar 2% penduduk Scotland. Ia kini mempunyai 63 ahli Parlimen Scotland, 35 ahli Parlimen dan lebih 400 ahli majlis perbandaran. Ia juga mempunyai 2 ahli yang duduk di Parlimen Eropah di kumpulan Hijau/Pakatan Bebas Eropah. SNP adalah ahli Pakatan Bebas Eropah. Parti ini tidak mempunyai apa-apa anggota Dewan Pertuanan kerana ia menyokong penghapusan dewan atas. Pada pilihan raya umum UK 2017, SNP kehilangan 21 daripada 56 kerusi mereka dengan 35 ahli Parlimen yang tinggal di Dewan Rakyat; ahli-ahli Parlimen yang hilang kerusi mereka termasuklah bekas pemimpin parti/Pertama Menteri Pertama Alex Salmond dan pemimpin Dewan Rakyat Angus Robertson. Kedua-dua mereka kehilangan tempat duduk mereka kepada calon dari Parti Konservatif yang merupakan kemenangan besar bagi parti tersebut di Scotland sejak tahun 1983. Tidak ada  bilangan kerusi baru yang diperolehi oleh SNP pada pilihan raya umum tersebut.SNP juga merupakan parti berfahaman Pro-Eropah yang inginkan kemerdekaan Scotland dari gabungan United Kingdom sebagai sebuah negara anggota Kesatuan Eropah.

Parti_Kebangsaan_Scotland

Diasaskan 1934 (1934)
Kumpulan Parlimen Eropah Greens/EFA
Leader Nicola Sturgeon
Keahlian  (2016) ▲ 120,203
Ideologi Nasionalisme Scotland]]‌[1][2]
Nasionalisme sivik[3][4]
Feminisme[5]
Kedaerahan[6]
Demokrasi sosial[7][8][9]
Pro-Europeanisme[10]
Kerajaan tempatan Scotland[15]
429 / 1,227
Parlimen Scotland
63 / 129
Dewan Rakyat (kerusi Scotland)
35 / 59
Sayap pelajar Federation of Student Nationalists
Penggabungan Eropah European Free Alliance
Ibu pejabat Gordon Lamb House, Edinburgh, Scotland
Ketua Kumpulan Dewan Rakyat Ian Blackford
Sayap belia Young Scots for Independence
Kedudukan politik Tengah kiri[11][12][13][14]
Dewan Pertuanan
0 / 813
Depute leader Angus Robertson
Parlimen Eropah (kerusi Scotland)
2 / 6
Gabungan
  • Parti Nasionalis Scotland * Parti Scotland