Parti Kebangsaan Scotland (
SNP;
Bahasa Gaelik Scotland: Pàrtaidh Nàiseanta na h-Alba,
Bahasa Scots: Scots Naitional Pairtie) ialah sebuah parti politik nasionalis dan
demokrasi sosial[8][9] di
Scotland. SNP menyokong dan berkempen untuk kemerdekaan Scotland. Ia merupakan parti politik terbesar di Scotland dengan pegangan kerusi terbanyak di
Parlimen negara tersebut dan kerusi-kerusi Scotland di
Parlimen United Kingdom. Bahkan, ia mempunyai keahlian ketiga terbesar dalam kalangan parti-parti politik
United Kingdom serta jumlah bilangan perwakilan di
Dewan Rakyat selepas
Parti Konservatif dan
Parti Buruh. Ketua parti ini, Nicolas Sturgeon telah berkhidmat sebagai Menteri Pertama Scotland sejak 20 November 2014.Parti ini dibentuk pada tahun 1934 dengan pengabungan Parti Nasionalis Scotland dengan Parti Scotland. Ia telah mempunyai perwakilan berterusan di dalam Parlimen Scotland perwakilan sejak Winnie Ewing memenangi pilihan raya kecil Hamilton 1967. Apabila Parlimen Scotland yang didevolusikan terbentuk pada tahun 1999, SNP menjadi parti kedua terbesar berkhidmat sebagai parti pembangkang selama dua penggal. SNP mendapat peningkatan besar pengaruh mereka dengan perolehan kerusi dalam pilihan raya umum Sctoland 2007, seterusnya membentuk
kerajaan minoriti. Mereka kemudiannya memenangi pilihan raya umum seterusnya pada 2011dan membentuk kerajaan majoriti pertama Parlimen Scotland.SNP adalah parti politik yang terbesar di Scotland dari segi keahliannya yang mencapai lebih 120,000 orang ahli pada Julai 2016, iaitu sekitar 2% penduduk Scotland. Ia kini mempunyai 63 ahli Parlimen Scotland, 35
ahli Parlimen dan lebih 400 ahli majlis perbandaran. Ia juga mempunyai 2 ahli yang duduk di
Parlimen Eropah di kumpulan Hijau/Pakatan Bebas Eropah. SNP adalah ahli Pakatan Bebas Eropah. Parti ini tidak mempunyai apa-apa anggota Dewan Pertuanan kerana ia menyokong penghapusan dewan atas. Pada pilihan raya umum UK 2017, SNP kehilangan 21 daripada 56 kerusi mereka dengan 35 ahli Parlimen yang tinggal di Dewan Rakyat; ahli-ahli Parlimen yang hilang kerusi mereka termasuklah bekas pemimpin parti/Pertama Menteri Pertama Alex Salmond dan pemimpin Dewan Rakyat Angus Robertson. Kedua-dua mereka kehilangan tempat duduk mereka kepada calon dari Parti Konservatif yang merupakan kemenangan besar bagi parti tersebut di Scotland sejak tahun 1983. Tidak ada bilangan kerusi baru yang diperolehi oleh SNP pada pilihan raya umum tersebut.SNP juga merupakan parti berfahaman Pro-Eropah yang inginkan
kemerdekaan Scotland dari gabungan United Kingdom sebagai sebuah negara anggota
Kesatuan Eropah.