Kenderaan_utiliti_sukan
Kenderaan_utiliti_sukan

Kenderaan_utiliti_sukan

Kenderaan utiliti sukan (SUV) merupakan istilah pemasaran umum bagi kenderaan yang menyerupai sebuah kereta estet tetapi dibina menggunakan casis lori ringan.[1] Ia biasanya dilengkapi pacuan empat roda bagi keupayaan di atas dan luar jalan raya, serta dengan keupayaan untuk digunakan sebagai kenderaan luar jalan raya. Tidak semua kenderaan pacuan empat roda diistilahkan sebagai SUV. Sesetengah SUV menyertakan keupayaan menunda seperti pada lori pikap dengan ruang penumpang seakan MPV atau sedan besar. Memandangkan SUV dianggap sebagai lori ringan serta berkongsi pelantar dengan lori pikap, peraturan yang dikenakan juga kurang ketat berbanding kereta di bawah dua undang-undang di Amerika Syarikat, iaitu Akta Pemulihan dan Dasar Tenaga bagi penggunaan bahan api, dan Akta Udara Bersih bagi keluaran asap.[2]Istilah ini tidak digunakan di semua negara, dan di luar Amerika Utara istilah seperti "kenderaan luar jalan raya", "pacuan empat roda" (termasuk kependekan "4WD" atau "4x4") atau sekadar menggunakan jenama seperti "Jeep", "Land Rover" atau "Pajero" adalah lebih lazim. Namun, tidak semua SUV ada keupayaan pacuan empat roda, dan tidak semua kenderaan pacuan empat roda adalah SUV. Sementara pengeluar kereta sering mengiklankan keupayaan Luar jalan raya pada SUV keluaran masing-masing, kebanyakan penggunaan SUV lebih tertumpu kepada jalan raya berturap serta kawasan bandar.Asalnya sangat popular pada lewat 1990an dan awal 2000an, populariti SUV mula merosot berikutan harga minyak yang tinggi serta ekonomi yang merudum. SUV tradisional berasaskan lori kini digantikan dengan SUV pindah silang yang menggunakan pelantar kereta supaya lebih ringan dan lebih jimat minyak (contohnya Honda CR-V yang dibina menggunakan pelantar Honda Civic), susulan kritikan terhadap SUV.