Keningau
Keningau

Keningau

Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[1] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan. Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.Batu Sumpah Keningau yang merupakan ringkasan intipati Perjanjian 20 Perkara Sabah antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia berdiri disini.

Rujukan

WikiPedia: Keningau http://dialograkyat.blogspot.com/2010/12/keningau-... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18615 //scholar.google.com/scholar?q=%22Keningau%22 //www.google.com/search?&q=%22Keningau%22+site:new... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kenin... //www.google.com/search?q=%22Keningau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Keningau%22... http://www.tahanlama.com.my/Malaysia+History http://www.sabah.gov.my/md.kgu/index.php?lang=en http://www.sabah.gov.my/pd.kgu/