Geografi Kepulauan_Cocos_(Keeling)

Gambar satelit kawasan kepulauan.
 
Peta Kepulauan Cocos (Keeling).

Kepulauan Cocos (Keeling) mengandungi dua dataran batu karang yang rendah dengan lebarnya 14.2 kilometer persegi (5.4 batu persegi), 2.6 kilometer (1.6 batu persegi) di pinggir laut suatu ketinggian tertinggi lima meter (16 kaki) dan diliputi dengan pokok kelapa dan tumbuhan lain. Cuacanya yang nyaman dan mengalami tukaran angin tenggara dalam sembilan bulan setahun serta dengan hujun yang sederhana. Siklon mungkin juga muncul pada awal bulan setiap tahun.

Pulau Keeling Utara

Pulau Keeling Utara merupakan atol yang terdiri daripada sebuah pulau berbentuk C iaitu sebuah bulatan atol berhampiran dengan suatu pembukaan kecil ke dalam lagun kira-kiranya 50 meter (165 kaki) lebar di sebelah timur. Pulau ini berukuran 1.1 kilometer persegi (272 ekar) pada kawasan tanah dan pulau ini tidak berpenghuni. Lagunnya mempunyai keluasan kira-kira 0.5 kilometer persegi (124 ekar).

Kepulauan Keeling Selatan

Kepulauan Keeling Selatan merupakan atol yang terdiri daripada 26 pulau kecil dimana atol itu membentuk seolah-olah sebuah bulatan atol yang tidak lengkap dengan keluasan kawasan tanah 13.1 kilometer persegi (5.1 batu persegi). Di kepulauan ini, hanya Pulau Selma (Home Island) dan Pulau Panjang (West Island) diduduki. Penduduk Melayu Cocos masih menetap dan tinggal di pondok terutama di pantai lagun Pulau Atas (South Island) dan di beberapa pulau kecil yang lain.

No.Pulau (Nama Melayu)Nama InggerisKawasan
(km²)
1Pulau LuarHorsburgh Island1.04
2Pulau TikusDirection Island0.34
3Pulau PasirWorkhouse Island0.00
4Pulau BerasPrison Island0.02
5Pulau GangsaWoeplace Islets<0.01
6Pulau SelmaHome Island0.95
7Pulau Ampang Kechil Scaevola Islet<0.01
8Pulau AmpangCanui Island0.06
9Pulau Wa-idasAmpang Minor0.02
10Pulau BlekokGoldwater Island0.03
11Pulau KembangThorn Island0.04
12Pulau CheplokGooseberry Island <0.01
13Pulau PandanMisery Island0.24
14Pulau SiputGoat Island0.10
15Pulau JambatanMiddle Mission Isle<0.01
16Pulau LabuSouth Goat Island0.04
17Pulau AtasSouth Island3.63
18Pulau Kelapa SatuNorth Goat Island0.02
19Pulau BlanEast Cay0.03
20Pulau Blan MadarBurial Island0.03
21Pulau MariaWest Cay0.01
22Pulau KamblingKeelingham Horn Island<0.01
23Pulau PanjangWest Island6.23
24Pulau Wak BangkaTurtle Island0.22
Jumlah keluasan13.1

Kepulauan Cocos (Keeling) tidak mempunyai sungai atau tasik. Ini menyebabkan sumber air tawar hanya boleh didapati daripada tadahan air hujan dan air bawah tanah. Kepulauan ini juga bertentangan dengan Pulau Cocos di Costa Rica jika dilihat melalui glob.

Berkaitan