Kepulauan_Kuril
Kepulauan_Kuril

Kepulauan_Kuril

Kepulauan Kuril (Bahasa Rusia: Кури́льские острова́, [Kuril'skie ostrova] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), disebut [kʊˈrʲilʲskʲəjə əstrɐˈva], Jepun: Chishima rettō (千島列島)), di kawasan Wilayah Sakhalin di Rusia, merupakan sebuah kepulauan bergunung berapi yang terbentang kira-kira 1,300 km (810 mi) ke arah timur laut dari Hokkaidō, Jepun ke Kamchatka, Rusia, sambil memisahkan Laut Okhotsk dari Utara Lautan Pasifik. Ia terdiri daripada 56 buah pulau dan sebilangan besar batuan kecil. Ia terdiri daripada Permatang Kuril Besar dan Permatang Kuril Kecil[1]. Jumlah keluasan tanahnya sekitar 15,600 kilometer persegi (6,000 bt2)[2] dan jumlah penduduknya sekitar 19,000 orang.[3]Kesemua pulau ini adalah dalam bidang kuasa Rusia, tetapi Jepun menuntut dua pulau besar yang paling selatan sebagai taklukannya, dan juga anak pulau Shikotan dan Habomai, maka berlakunya pertikaian Kepulauan Kuril yang berterusan.