Geografi Kepulauan_Solomon

Kepulauan Solomon adalah sebuah negara berpulau yang terletak di sebelah kiri negara Papua New Guinea dan terdiri daripada banyak pulau-pulau seperti Choiseul, Shortland Islands; New Georgia Islands; Santa Isabel; Russell Islands; Nggela (Florida Islands); Malaita; Guadalcanal; Sikaiana; Maramasike; Ulawa; Uki; Makira (San Cristobal); Santa Ana; Rennell dan Bellona; Santa Cruz Islands dan tiga pulau-pulau kecil yang jauh dan tersisih: Tikopia, Anuta, dan Fatutaka. Jarak antara pulau-pulau paling barat dan paling timur adalah sekitar 1500 km. Santa Cruz Islands yang berada di utara Vanuatu adalah yang paling terpencil, (dari mana Tikopia merupakan sebahagian) dan berada sekitar 200 km dari pulau-pulau yang lain. Bougainville secara geografi adalah sebahagian daripada Kepulauan Solomon tetapi secara politik, berada di bawah Papua New Guinea.

Iklim kepulauan ini sangat lembap seluruh tahun disebabkan berada di khatulistiwa dengan purata suhu 27° C (80° F). Jun hingga Ogos merupakan waktu yang lebih dingin. Penukaran musim tidak begitu terserlah dan angin dari barat laut sering membawa hujan yang lebat dan kadangkala angin ribut dan puting beliung. Ukuran hujan dalam setahun adalah setinggi 305 sentimeter (120 di.).

Nusantara Kepulauan Solomon adalah sebahagian daripada dua kawasan eko teresterial yang berbeza. Kebanyakan pulau-pulau di Kepulauan Solomon berada di kawasan hutan hujan dan sedang mengalami ancaman dari kegiatan pembalakan termasuk pulau-pulau Bougainville dan Buka. Pulau-pulau Santa Cruz dan nusantara Vanuatu adalah sebahagian dari kawasan eko hutan hujan Vanuatu. Kualiti tanah adalah sangat berbeza. Terdapat tanah gunung api yang sangat subur dan juga tanah kapur yang agak kurang subur. Di pulau-pulau yang lebih besar terdapat beberapa gunung api yang aktif. Lebih 230 jenis bunga orkid dan tropika yang lain terdapat di sana.

Berkaitan