Politik Kepulauan_Solomon

Kepulauan Solomon adalah sebuah negara raja berperlembagaan dan mempunyai sistem parlimen. Ratu atau raja United Kingdom adalah ketua negara, dan beliau diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral yang dipilih oleh Parlimen untuk penggal 5 tahun. Parlimen mempunyai satu dewan yang dianggotai 50 orang ahli, dipilih untuk 4 tahun setiap penggal. Bagaimanapun, Parlimen boleh dibubarkan oleh undi majoriti sebelum tamat penggalnya. Hak mengundi adalah universal untuk warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri; Perdana Menteri dilantik oleh Parlimen dan beliau memilih ahli-ahli kabinet yang lain. Setiap kementerian diketuai oleh seorang ahli kabinet, yang dibantu oleh seorang setiausaha tetap yang mengarahkan kakitangan kementerian.

Kerajaan-kerajaan Kepulauan Solomon diketuai oleh parti-parti politik yang lemah dan gabungan tidak stabil dalam Parlimen. Mereka sentiasa berdepan dengan undi tidak yakin, dan akibatnya kepimpinan kerajaan sering berubah. Perubahan di kabinet adalah lazim.

Pemilikan tanah dikhusukan untuk penduduk-penduduk Solomon sahaja. Undang-undang menyatakan bahawa golongan ekspatriat yang menetap, seperti golongan Cina dan Kiribati, boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui naturalisasi. Pada umumnya, tanah masih dipegang oleh sebuah keluarga atau kampung dan boleh diserahkan oleh seorang ibu atau bapa menurut adat tempatan. Penduduk-penduduk tempatan keberatan untuk menyediakan tanah untuk aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak tradisional dan ini kerap meghasilkan berbagai pertikaian di mengenai pemilikan tanah.

Tiada angkatan bersenjata Solomon yang ditugaskan di Solomon walaupun sebuah pasukan polis seramai 500 orang dikerahkan untuk menjada kawasan persempadan. Pasukan polis juga mempunyai perana lain sebagai pasukan bomba, bantuan bencana, dan pengawas maritim. Angkatan polis diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dilantik oleh Gabenor-Jeneral dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Pesuruhjaya yang terkini adalah seorang Australia yang dibiayai oleh bantuan.

Berkaitan