Ekonomi Kepulauan_Solomon

Fail:View of Honiara.jpgBandar Honiara

Per kapita GDP di Kepulauan Solomon adalah $1894 Dolar Amerika Syarikat dan meletakkannya sebagai salah sebuah negara yang kurang maju di dunia. Lebih 75% tenaga buruhnya melibatkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan. Barang perkilangan dan produk-produk petroleum kebanyakannya mesti diimport. Kayu balak tropikal merupakan barang eksport utama kepulauan ini hingga harganya menjunam pada 1998 di seluruh dunia. Tanaman yang membawa hasil tinggi yang lain termasuk kopra[ dan minyak sawit. Pada 1998 Perlombongan Ross Australia mula mengeluarkan emas di Gold Ridge di Guadalcanal. Galian mineral di beberapa kawasan masih berterusan. Bagaimanapun ekoran keganasan etnik pada Jun 2000, eksport minyak sawit dan emas diberhentikan manakala eksport balak jatuh. Kepulauan Solomon kaya dengan sumber alam yang masih belum diusahakan seperti zink, nikel, dan emas.

Industri perikanan di Kepulauan Solomon juga menawarkan prospek untuk eksport dan perkembangan ekonomi dalam negeri. Bagaimanapun, sebuah syarikat usaha sama Jepun, Solomon Taiyo Ltd., yang mengilangkan ikan dalam tin, ditutup pada pertengahan 2000 akibat dari gangguan dari rusuhan etnik. Walaupun kilang itu kini dibuka di bawah pengurusan tempatan, eksport tuna masih belum disambung semula. Rundingan sedang dijalankan yang mungkin membolehkan pembukaan semula lombong Gold Ridge dan sebuah perladangan sawit yang terbesar.

Industri pelancongan, terutamanya menyelam, merupakan sebuah servis perkhidmatan terpenting dalam Kepulauan Solomon. Namun pembangunan dalam industri tersebut terhalang akibat kekurangan infrastruktur dan had-had pengangkutan.

Kerajaan Kepulauan Solomon tidak berjaya membayar hutang dan menjadi bankrap pada 2002. Sejak ketibaan RAMSI pada 2003, kerajaan telah menyusun semula belanjawannya, dan telah mengambil langkah untuk mengkaji dengan teliti keutamaannya. Ia telah menyatukan dan merunding semula segala hutang dalam negeri dan kini dengan bantuan Australia, akan berunding negara-negara luar negara yang ia masih berhutang. Negara-negara utama yang memberi dana bantuan adalah Australia, New Zealand, Kesatuan Eropah, Jepun, dan Republik China.

Berkaitan