Kerabat_Wessex
Kerabat_Wessex

Kerabat_Wessex

Kerabat Wessex, juga dikenali sebagai Kerabat Cerdic (Cerdicingas dalam Inggeris Tua[2]), merujuk pada keluarga yang asalnya memerintah sebuah kerajaan beraja di barat daya England yang dikenali sebagai Wessex, bermula pada kurun ke-6 di bawah pemerintahan Cerdic dari Wessex sehingga penyatuan Kerajaan beraja England oleh Alfred si Agung dan para pewaris beliau. Alfred dan para pewaris beliau juga merupakan sebahagian daripada dinasti ini, yang mana terus memerintah sebagai pewaris utama sehinggalah keturunan Alfred, Ethelred si Tidak Bersedia, yang memerintah pada akhir kurun ke-10 dan awal kurun ke-11 menyaksikan pendudukan singkat Denmark; dan selepas kematian beliau dan anak lelakinya Edmund Ironside, keberajaan berpindah kepada Cnut si Agung dan pewaris beliau daripada Denmark sehingga tahun 1042. Kerabat Wessex kemudian mendapat semula kuasanya selama 24 tahun, sehingga pelucutan takhta pemerintah terakhirnya, cicit kepada Ethelred iaitu Edgar Ætheling, ia tenggelam menjadi kisah sejarah. Edgar meninggal dunia selepas menjalani sebuah penjelajahan hidup yang panjang tidak lama selepas tahun 1125. Kesemua raja England dan Great Britain sejak Henry II merupakan keturunan Kerabat Wessex melalui isteri Henry I, Matilda dari Scotland—anakperempuan kakak kepada Edgar Ætheling, Margaret dari Wessex.