Kerajaan_Judah
Kerajaan_Judah

Kerajaan_Judah

Kerajaan Judah (Bahasa Ibrani: מַלְכּוּת יְהוּדָה, Piawai Malkut Yehuda Tiberias Malkûṯ Yəhûḏā) wujud pada dua tempoh dalam sejarah Yahudi. Berdasarkan kitab Yahudi, sebuah kerajaan yang muncul di Judah selepas kematian Saul, apabila puak Judah mengangkat Daud, yang mana berasal dari puak Judah, untuk memerintah. Selepas tujuh tahun Daud menjadi raja bagi sebuah Kerajaan Israel bersatu, baginda mengalih pusat pemerintahan dari Hebron ke Jerusalem.[1] Walau bagaimanapun, pada sekitar 930 SM kerajaan bersatu ini berpecah, apabila sepuluh daripada dua belas puak-puak Israel menolak anak lelaki Sulaiman, Rehoboam menjadi raja mereka. Puak-puak Judah dan Benjamin kekal setia kepada Rehoboam, dan mewujudkan Kerajaan Judah, sementara entiti lain meneruskan apa yang dipanggil sebagai Kerajaan Israel, atau Israel. Kerajaan Judah juga kadang kala dirujuk sebagai Kerajaan Selatan, sementara Kerajaan Israel dirujuk sebagai Kerajaan Utara. Judah wujud sehingga tahun 586 SM, apabila ia ditakluk oleh Empayar Babylon di bawah Nebuzar-adan, kapten pengawal peribadi Nebuchadnezzar.[2] Dengan pengusiran kebanyakkan penduduk dan pemusnahan Kuil dan Jerusalem, kemusnahan kerajaan dilengkapkan.Gedaliah, dengan pengawal Chaldea yang berpangkalan di Mizpah, dijadikan sebagai gabenor bagi memerintah Judah,[3][4] tetapi tidak lama kemudian beliau telah dibunuh, dan komuniti ditinggalkan tanpa pemimpin.Dinasti Daud bermula apabila puak Judah menjadikan Daud sebagai raja, berikutan kematian Saul. Keturunan Daud diteruskan apabila Daud menjadi raja bagi kesatuan Kerajaan Israel. Apabila kerajaan berpecah, puak-puak Judah dan Benjamin terus setia kepada keturunan Daud, yang mana memerintah sehingga kerajaan dimusnahkan pada tahun 586 SM. Walau bagaimanapun, keturunan Daud terus dihormati oleh pelarian di Babylon, yang mana menganggap Exilarch sebagai raja dalam buangan.