Kerajaan_beraja_Hanover
Kerajaan_beraja_Hanover

Kerajaan_beraja_Hanover

Kerajaan beraja Hanover (Bahasa Jerman: Königreich Hannover) telah diasaskan pada bulan Oktober 1814 melalui Kongres Vienna, dengan pemulihan semula George III ke atas wilayah Hanover selepas era Napoleonik. Ia mengantikan bekas Elektorat Hanover (sebelumnya secara rasmi dikenali sebagai Elektorat Brunswick-Lüneburg), dan menyertai 38 buah negeri-negeri berdaulat di dalam Konfederasi Jerman pada bulan Jun 1815. Kerajaan beraja ini diperintah oleh Kerabat Hanover, sebuah cabang kadet daripada Kerabat Welf, di dalam sebuah kesatuan peribadi dengan United Kingdom Great Britain dan Ireland sejak tahun 1714. Oleh kerana monarkinya tinggal di London, seorang wizurai, biasanya anggota lebih muda daripada keluarga diraja Britain, menguruskan pentadbiran kerajaan beraja Hanover.Kesatuan peribadi dengan United Kingdom berakhir pada tahun 1837 selepas Ratu Victoria menaiki takhta di sebabkan undang-undang separa Salic yang mana menghalang operempuan daripada mewarisi takhta Hanover pada ketika pewaris lelaki dalam dinasti masih hidup. Oleh yang demikian ayah saudara baginda, Ernest Augustus menjadi pemerintah Hanover. Satu-satunya anak lelaki beliau mengantikan beliau dan menaiki takhta sebagai George V. Bagaimanapun, di sebabkan pihak yang disokong beliau telah kalah Perang Austria-Prusia, kerajaan beliau telah ditakluk oleh Prusia pada tahun 1866 dan dihapuskan sebagai sebuah kerajaan beraja yang berdaulat, menjadi sebuah wilayah Prusia. Bersama-sama dengan wilayah lain Prusia, Hanover menjadi sebahagian daripada empayar Jerman selepas penyatuan Jerman pada bulan Januari 1871. Pada tahun 1946, aa muncul buat sementara sebagai negeri Hanover, sebelum digabungkan dengan negeri-negeri yang lebih kecil untuk menjadi Saxony Hilir, kemudian Jerman Barat.

Kerajaan_beraja_Hanover

Raja  
Status Negeri di dalam Konfederasi Jerman, dalam kesatuan peribadi dengan United Kingdom Great Britain dan Ireland (1814–1837)
• Diilhak oleh Prusia 20 September 1866
• 1837–1851 Ernest Augustus
• 1814–1820 George III
Agama Protestantisme (terutamanya Lutheranisme, tetapi juga Calvinisme), Katolik Rom
• Perdamaian Prague 23 Ogos 1866
Ibu negara Hanover
• 1851–1866 George V
• 1830–1837 William IV
• Kongres Vienna 12 Oktober 1814
Sejarah  
Kerajaan Raja berperlembagaan
Sekarang sebahagian dari Jerman
Belanda
• 1820–1830 George IV
Mata wang Thaler Hanover,
(1814–1857)
Vereinsthaler Hanover
(1857–1866)
• Perang Austria-Prusia 14 Jun 1866
• Revolusi Jerman 13 Mac 1848
Badan perundangan Dewan Kerajaan beraja Hanover
Bahasa yang umum digunakan Jerman,
Jerman Hilir Barat