Kesatria Hospital, juga dikenali sebagai
Kesateria Rhodes,
Kesateria Malta,
Golongan Hospital,
Kesateria Santo John dan
Golongan Santo John, tergolong dalam
golongan tentera Kristian Barat yang termasyhur sewaktu
Zaman Pertengahan.Golongan Hospital (
Inggeris: Order of Hospitallers) berkemungkinan besar muncul sebagai kumpulan individu yang berhubung kait dengan hospital
Amalfi di daerah
Muristan Baitulmuqaddis, yang dibaktikan kepada
St John si Pembaptis dan yang diasaskan sekitar tahun 1023
M oleh
Gerard Thom yang Dirahmati untuk menjaga dan merawat
penziarah ke
Tanah Suci yang mengalami kecederaaan dan penyakit, dan yang miskin. (Walau bagaimanapun, beberapa sarjana berpendapat golongan
Amalfi dan hospital
Amalfi berbeza daripada golongan dan hospital Gerard.
[1]) Selepas penaklukan semula Baitulmuqaddis oleh
Kristian Barat dalam tahun 1099 dalam
Perang Salib Pertama, organisasi ini bertukar menjadi sebuah
golongan keagamaan dan golongan tentera di bawah kanun Pausnya sendiri, dan ia ditugaskan untuk menjaga dan mempertahankan Tanah Suci. Berikutan
penaklukan Tanah Suci oleh angkatan Muslim, Golongan ini beroperasi dari
Rhodes dengan kuasa kedaulatan, dan kemudiannya dari
Malta di mana Golongan mentadbir sebuah
negara ufti di bawah wizurai Sepanyol di
Sicily.Golongan Hospital kekal sehingga sekarang termasuk di
United Kingdom dan kegiatannya yang paling terkenal di Britain dan negara-negara
Komanwel ialah
Ambulans St. John. Ia juga mengendalikan Hospital Mata St. John di Baitulmuqaddis.
[2]