Kesatuan_Antara_Parlimen
Kesatuan_Antara_Parlimen

Kesatuan_Antara_Parlimen

Kesatuan Antara Parlimen atau Inter-Parliamentary Union (KAP; Bahasa Perancis: Union Interparlementaire (UIP)) merupakan institusi antara Parlimen global yang ditubuhkan pada 1889 oleh Frédéric Passy (Perancis) dan William Randal Cremer (United Kingdom). Ia merupakan forum tetap pertama untuk rundingingan politik pelbagai hala. Pada mulanya, organisasi ini adalah untuk individu yang bergelar ahli Parlimen, tetapi telah berubah menjadi sebuah organisasi antarabangsa parlimen negara-negara berdaulat. Anggota IPU terdiri daripada 171 buah negara dan 11 perhimpunan parlimen serantau sebagai ahli bersekutu.[1] KAP mempunyai status tetap sebagai pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.