Kesatuan_Antarabangsa_Fizik_Tulen_dan_Gunaan

Kesatuan Antarabangsa Fizik Tulen dan Gunaan (Bahasa Inggeris: International Union of Pure and Applied Physics atau IUPAP) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang misinya ialah untuk membantu dalam pembangunan fizik di seluruh dunia, untuk memupuk kerjasama antarabangsa dalam bidang fizik, dan untuk membantu dalam penerapan fizik untuk menyelesaikan masalah yang menjadi perhatian umat manusia.[1][3] Ia ditubuhkan pada tahun 1922 dan Persidangan Agung pertama diadakan pada tahun 1923 di Paris.[4]IUPAP melaksanakan misi ini dengan: menaja mesyuarat antarabangsa; memupuk komunikasi dan penerbitan; menggalakkan penyelidikan dan pendidikan; memupuk peredaran bebas para saintis[5][6]; mempromosikan perjanjian antarabangsa mengenai penggunaan simbol, unit, tatanama dan piawaian[7][8]; dan bekerjasama dengan pertubuhan lain mengenai masalah disiplin dan antaradisiplin.[9][10][11]IUPAP ialah ahli Majlis Sains Antarabangsa (ICSU).

Kesatuan_Antarabangsa_Fizik_Tulen_dan_Gunaan

Tujuan Untuk merangsang dan memudahkan kerjasama antarabangsa dalam bidang fizik dan pembangunan sains di seluruh dunia[1]
Status perundangan Aktif
Bahasa rasmi Inggeris
Pembentukan 1922; 98 tahun yang lalu (1922)
Lokasi
Ibu pejabat NTU, Singapura
Organisasi utama Majlis Eksekutif
Kawasan berkhidmat Seluruh dunia
Laman sesawang IUPAP ofiicial website
Presiden Michel Spiro
Setiausaha agung Kok Khoo Phua
Orang penting
  • Michel Spiro (Presiden)
  • Silvina Pawns Dawson (Pemangku Presiden yang dilantik)
  • Kok Khoo Phua (Ketua Setiausaha)
Kependekan IUPAP
Ahli ICSU
Jenis Antarabangsa