Kesatuan_Penyiaran_Eropah
Kesatuan_Penyiaran_Eropah

Kesatuan_Penyiaran_Eropah

Kesatuan Penyiaran Eropah (Bahasa Inggeris: European Broadcasting Union, kep. EBU; Bahasa Perancis: Union européenne de radio-télévision, kep. UER) ialah persekutuan pertubuhan media perkhidmatan awam yang ditubuhkan pada 12 Februari 1950. Pertubuhan ini terdiri daripada 72 ahli di 56 negara,[2] dan 34 ahli bersekutu dari 20 negara lagi.[3] Badan ini sangat dikenali umum terutamanya sebagai pihak penerbit kepada temasya Pertandingan Lagu Eurovision. Ia juga menjadi tuan rumah acara perdebatan antara calon presiden Suruhanjaya Eropah untuk pilihan raya parlimen 2014 tetapi tidak berkaitan dengan institusi itu sendiri.[4]

Kesatuan_Penyiaran_Eropah

Bahasa rasmi bahasa Inggeris, bahasa Perancis
Pembentukan 12 Februari 1950; 69 tahun yang lalu (1950-02-12)
Ibu pejabat Geneva, Switzerland
Laman sesawang www.ebu.ch/home
Presiden Jean-Paul Philippot[1]
Ahli
  • 72 ahli aktif
  • (dar 56 negara)
Jenis Kesatuan pertubuhan penyiaran
Pendahulu Kesatuan Penyiaran Antarabangsa