Kesepiawaian

Kesepiawaian (Bahasa Inggeris: fungibility) ialah sifat boleh tukar sesebuah barang atau komoditi (termasuk logam berharga, minyak mentah manis, saham syarikat, bon, mata wang dan sebagainya) kerana berkongsi piawai sama ―yakni "sepiawai" (fungible)[1]― secara unit individu di mana setiap bahagiannya tidak dapat dibezakan dari sebahagian yang lain.[2][3] Sebagai contoh: ketulan emas atau perak tulen mempunyai nilai sama dengan bilangan bahan sama yang muncul dalam apa jua rupa baik dalam bentuk kepingan wang, jongkong atau barang kemas; begitu juga dengan nilai mata wang di mana sekeping bernilai $100 boleh ditukar kecil dengan 2 keping $50, 10 keping $10 dan sebagainya selagi ia dalam mata wang yang sama.[4]