Ketidakcukupan

Ketidakcukupan atau dalam bahasa Inggeris; Scarcity adalah perkara asas dalam masalah ekonomi yang sering berlaku tanpa ada hadnya, berikutan keperluan dan kehendak manusia khususnya didalam bumi yang mempunyai sumber yang terhad. Ia menjelaskan bahawa masyarakat dunia mengalami kekurangan dalam aspek pengeluaran produktiviti bagi memenuhi keperluan da kehendak manusia serta alam sekitar. Sebagai langkah alternatif, berikutan masalah ketidakcukupan yang terjadi adalah semestiya terjadi kerana bukannya semua kehendak dan keperluan manusia itu dapat ditepati dalam satu-satu masa; perdagangan adalah cara terbaik menyelesaikannya secara perlahan-lahan dan berkesan. Merujuk kepada pengarang tersohor tahun 1932, Lionel Robbins mendefinasikan ekonomi sebagai "sains bagi mengkaji tingkah laku manusia dan hubung kaitnya antara pengakhiran dan ketidakcukupan yakni kegunaan alternatif." [1]Dalam bidang biologi, ketidakcukupan boleh merujuk kepada sesuatu bukan kebiasaan atau spesies jarang. Ia mungkin menerangkan tentang kesukaran bagi melihat kehadiran spesies pada sesuatu kawasan akibat dari kepupusan, kemusnahan habitat asal, penyeludupan haram atau perlindungan oleh sesetengah pihak seperti institusi pemuliharaan milik individu atau negara. Akibat dari semua itu yang menyebabkan sesuatu spesies biologi itu dilihat amat jarang ditemui atau bilangan yang semakin kurang dan tidak cukup seperti bilangan asalnya.