Ketua_Pengarah_Pertubuhan_Perdagangan_Dunia
Ketua_Pengarah_Pertubuhan_Perdagangan_Dunia

Ketua_Pengarah_Pertubuhan_Perdagangan_Dunia

Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia ialah pegawai Pertubuhan Perdagangan Dunia bertanggungjawab terhadap menyelia dan mengarah pengendalian pentadbiran pertubuhan. Disebabkan keputusan Pertubuhan Perdagangan Dunia dibuat oleh negara-negara anggota (melalui sama ada Persidangan Menteri atau melalui Majlis Umum), Ketua Pengarah mempunyai sedikir kuasa ke atas hal-hal dasar - peranan ialah penasihat dan pengurus terutamanya. Ketua Pengarah menyelia sekretariat WTO kira-kira 700 kakitangan dan dilantik oleh anggota-anggota WTO untuk tempoh empat tahun.[1]Jawatan Ketua Pengarah telah kosong sejak 31 Ogos 2020,[2] selepas peletakan jawatan Roberto Azevêdo dari Brazil yang telah memegang jawatan sejak 1 September 2013.[3] Pada 5 Februari 2021, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala dari Nigeria mendapat sokongan Amerika Syarikat untuk Ketua Pengarah WTO.[4] Okonjo-Iweala akan menjadi wanita pertama dan orang Afrika pertama yang memegang jawatan ini. Sebelum tertubuhnya WTO, Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan mempunyai siri Ketua Pengarah. Peter Sutherland merupakan Ketua Pengarah terakhir GATT dan yang pertama dari WTO.

Berkaitan