Keuskupan_Urgell
Keuskupan_Urgell

Keuskupan_Urgell

Keuskupan Urgell merangkumi kawasan Kaunti Urgell yang kini meliputi suatu bahagian utara Catalonia di Sepanyol dan keseluruhan negara Andorra.[1][2] Daerah ini ditadbir seorang Uskup yang beribupejabat di Katedral Santa Maria, bandar la Seu d'Urgell.Uskup yang mengetuai daerah ini turut berperanan penting di Andorra sebagai seorang penguasa bersama secara ex officio dengan Presiden Perancis - ia bermula dengan pengurniaan kekuasaan kawasan Urgell oleh seorang pembesar iaitu Ermengol VI d'Urgell pada tahun 1133.[3] sebelum kekuasaan ini dikongsi bersama pembesar atau comte Foix (kini dalam Perancis) dalam suatu perjanjian dimeterai tahun 1278.[4]