Kh-59
Kh-59

Kh-59

Kh-59 Ovod, nama pengenalan NATO AS-13 Kingbolt adalah peluru berpandu kruis taktikal Rusia yang dikeluarkan oleh syarikat Raduga, pertama kali dipamerkan pada November 1991 di Pameran Pertahanan Dubai.Peluru berpandu ini digerakkan oleh enjin yang menggunakan bahan api serbuk, dan mengabungkan pemecut bahan api serbuk di bahagian ekor. Penstabil lipat diletakkan di bahagian depan peluru berpandu, manakala sayap dan kemudi di bahagian belakang.Kelainan lain bagi Kh-59ME (nama pengenalan NATO AS-18 Kazoo), mempunyai kepala peledak yang lebih besar dan menggunakan enjin kipas turbo dan bukannya enjin bahan api serbuk, tetapi ia masih mengekalkan alat pemecut bahan api serbuk. Ia juga mempunyai 2 sistem panduan. Sebaik dilancarkan, peluru berpandu ini akan menggunakan sistem panduan inersia untuk memandunya ke kawasan sasaran dan kemudiannya juruterbang akan menggunakan sistem TV untuk menghala peluru berpandu ini menuju ke sasaran.

Kh-59

Variasi Kh-59, Kh-59M, Kh-59ME (versi eksport)
Fius Hentaman
Platfom pelancaran Su-24M, Su-27, Su-30, Su-34, Su-35, MiG-29
Jarak 120 km (65 batu nautika)
Kelajuan 285 meter sesaat (Mac 0.86)
Berat kepala peledak 315 kg
Pengguna  Rusia  China  Malaysia
Panduan Kawalan TV
Ketinggian penerbangan 50 - 1,100 m (dari permukaan) atau 7 m (dari aras laut)
Rentang sayap 1.26 m
Panjang 5.7 m
Mula digunakan 1982 (Kh-59), 1992 (Kh-59M dan Kh-59ME)
Berat peluru berpandu 930 kg
Enjin Penggalak bahan dorong pepejal, penahan kipas turbo
Pengeluar Raduga NPO
Diameter 0.38 m
Jenis Peluru berpandu udara-ke-permukaan - Jarak Sederhana